Labels

Tuesday, August 26, 2003

negaraku jadi malaysiaku ... azan jadi?

Negaraku jadi Malaysiaku ... azan jadi?

Khabarnya pihak kerajaan telah menukar lagu kebangsaan negara kita daripada Negaraku kepada Malaysiaku. Penukaran ini khabarnya hanyalah pada rentak sahaja, yang lebih rancak dan mengekalkan senikatanya. Ia akan dinyanyikan buat pertama kalinya semasa ulangtahun sambutan kemerdekaan 31 Ogos ini di Putrajaya. Mungkin rentak yang lebih rancak ini ialah untuk menambahkan semangat penyanyi dan pendengar serta rakyat jelata agaknya. Bagus jugalah begitu.

Mungkin juga kerajaan akan terfikir suatu hari nanti akan menukar rentak azan atau juga dikenali sebagai bang pula. Tujuannya dan kandungan azan ialah untuk memanggil Muslimin datang menunaikan sembahyang. Rentak dan alunan azan sekarang adalah mendayu-dayu, lemah gemalai. Mungkin perlu ditukar kepada rentak yang lebih bersemangat dan rancak. Maksud saya ialah jika ianya tidak menyalahi sunnah dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa hanya dunia Melayu di sebelah sini sahaja yang mempunyai alunan azan yang biasa kita dengar. Walhal di negara lain seperti Arab atau Eropah, azan mereka mempunyai rentak yang berlainan dan lebih bersemangat sesuai dengan seruan untuk datang bersembahyang, seruan menuju kejayaan. Begitu juga dengan takbir hari raya. Di negara kita, mendengar takbir hariraya akan mengingatkan kita kepada kampung halaman, kita akan sedih dan sayu. Walhal di negara lain yang disebutkan tadi, irama takbir adalah berlainan, penuh semangat sebab dah mencapai kejayaan.

Adalah saya diberitahu beberapa peristiwa di mana, apabila pelajar Malaysia yang bertakbir (dengan alunan yang biasa kita dengar) di negara lain, makmun dari arab, pakistan dan sebagainya tidak akan menyambut takbir tersebut. Diceritakan juga ada berlaku berebut mikrofon untuk takbir raya di Jepun antara pelajar Malaysia dan Indonesia di satu pihak dan pelajar lain di pihak lain kerana masing-masing tidak puas mendengar alunan takbir yang berbeza ini.

Wallahualam.

No comments: