Labels

Wednesday, August 06, 2003

PENILAIAN KURSUS PTK4







PENILAIAN KURSUS PTK4 DAN SEBUAH SAJAK

Sebuah laporan daripada Alumni PTK4 yang tidak mahu dikenali.
Terima kasih diucapkan. Niat beliau ialah ungtuk berkongsi dengan PSM yang lain


KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 4
(PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT)
Siri 1 Bil. 1/2003

TEMPAT : INTAN, BUKIT KIARA

TARIKH/TEMPOH : 7 – 26 Julai 2003

KANDUNGAN KURSUS : Terdiri daripada ceramah, beberapa
ujian, kertas tugasan dan team
building seperti berikut:

a) Penilaian di peringkat Individu
(i) Pengucapan Awam (10 minutes)
(ii) Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC)
(iii) Kertas Tugasan
(iv) Penilaian kebolehan (peer rating)
(v) Ujian English Language Proficiency Assessment – written and oral (ELPA)
(vi) Ujian Kursus
(vii) Ulasan Buku
(viii) Personaliti

b) Penilaian di peringkat kumpulan
(i) Kertas Projek
(ii) Persembahan Kertas Projek


TOPIK-TOPIK CERAMAH

1. PTK dan Anda
2. Mengenal Diri Sendiri
3. Teamwork Building
4. Networking dan Relationship Management
5. Kemahiran Berfikir
6. Pengurusan Kreatif & Inovatif
7. Pengurusan Sumber Manusia
8. Kemahiran Berkomunikasi
9. Isu-Isu Perkhidmatan Awam
10. Pengurusan Konflik
11. Kemahiran Perundingan
12. Pemikiran Strategik
13. Pengurusan Strategik
14. Pengurusan Kewangan
15. Change Management
16. Pengurusan Projek ICT
17. Keutuhan Nilai dan Etika dalam perkhidmatan Awam
18. Software Quality Assurance
19. Stress Management
20. ICT Strategic Plan
21. Business Process Reengineering
22. ICT Security
23. Knowledge Management
24. Customer Relationship Management


B. Tajuk-Tajuk Sesi Pengucapan Awam (participants to choose one)

1. Management of ICT
2. ICT Policies and Standards
3. New technologies
4. Social Impact of ICT
5. ICT and National Development

C. Book Review (published after 2000 and ICT related)


D. Kertas Tugasan dan Kertas Projek Kumpulan
- IT Related

E. Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC)
- objective questions (knowledge)
- hands- on (skill). Tested on Word, e-mail, internet and power-point

F. Format Ujian
- To answer 5 essay type questions out of 8
- Mandatory to answer 2 IT questions and 2 general topics











Sebuah sajak mengenai organisasi dan harapan kepada
pegawai yang pergi kursus. Karya seorang sahabat
dalam e-sastera


"Kita mahu organisasi ini bertaraf dunia
Profesional, berketerampilan dan berwibawa
Kepuasan para pelanggan wajar diutamakan
Khidmat cemerlang sentiasa dipertontonkan".

Begitulah slogan semangat tiap kali kursus
Menyerap ke dalam otak sampai ke usus
Koordinator serius mahu membentuk peribadi
Kelaku dan bicara pancaran diri setiap hari.

Pejabat ini sekali imbas nampak biasa sahaja
Itu pandangan rambang mirip orang yang buta
Kalau peka, perhati dan teliti akan nampak
Pekerjanya lengai, bingai dan berpuak-puak.

Boss besar lulusan universiti memang bervisi
Ketawa berdekah usung 'Laptop' kesana-kemari
Terlebih keju, lupa belacan, surat kurang sopan
Hilang toleransi, semacam bosan berbau ugutan..

Timbalan boss kelaku macam ketam menjaja misi
Asyik mengarah kerah orang bawahan macam kuli
Duduk berkurung konon 'busy' rupanya 'bossy'
Sempat menggatal simpan 'awek' menipu bini.

Bermacam pertindihan arahan sistem bertukar
Kisah bola, kisah artis, riuhnya macam pasar
Talipon bimbit selari talipon pejabat berbunyi
Mesti pandai sambil 'menyelam' bisnes sendiri.

Jadi boss besar mesti pandai 'Tai Chi' bijak berlakon
Kaki ampu 'Kung Fu', Merbuk angguk jadi penonton
Berwajah ego, kelakunya algojo berlagak hipokrasi
Bagai ayam kokoknya berderai ekor bergelumang tahi.

Waktu 'temuduga tahunan' boss besar panggil masuk
Wajahnya selamba 'acuh tak acuh' menghisap rokok
Bla-Bla-Bla! mengomel sekedar mencari 'kelemahan'
Dia berlagak tuan warden dan kita penyangak banduan.

Awal tahun tersibar berita boss besar naik pangkat
Imbuhan bagi menepati 'target' dan kurang berehat
Tapi, timbalan boss wajahnya kelat sudah terjerat
Bermuka tempe basi menjeruk hati terkulat-kulat.

Ini cuma dongengan alaf baru jadikanlah tauladan
Kalau jadi boss kongsilah 'daging' jangan simpan
Anugerahlah yang rajin dan berikanlah ganjaran
Merekalah pohonan rimbun menahan ribut taufan.





Nakhoda: Batu Pahat/01-04-03



No comments: