Labels

Friday, August 29, 2003

mesyuarat perjasa

mesyuarat malam perjasa

malam tadi baru balik dari mesyuarat perjasa. (perjasa = persatuan juruanalisa sistem sektor awam malaysia). Trend baru perjasa di bawah kepimpinan baru ialah bermesyuarat di sebelah malam. Maklumlah di siang hari semuanya sibuk bekerja dan kebanyakannya jauh-jauh belaka. Sesekali mesyuarat siang, akan seolah-olah ada dua kem. Jika mesyuarat di putrajaya, biasanya korum cukup diisi oleh ahli dari putrajaya. Jika mesyuarat di KL, biasanya geng putrajaya liat nak datang. Agaknya dah tiba masanya untuk tubuhkan perjasa cawangan Putrajaya :-)

Berbalik kepada mesyuarat malam, memanglah korum tak pernah cukup. Namun hampir kesemua aktiviti perjasa kini dirancang dan diputuskan dalam mesyuarat malam. Tempatnya?. cuma kat kedai mamak saja :-(.

Mesyuarat malam tadi memutuskan untuk mengadakan pertandingan golf di KGPA pada 21 september nanti. Kepada semua pemain dan khususnya syarikat ICT yang berminat nak bermain dan/atau menyumbang bolehlah berbuat demikian.

No comments: