Labels

Friday, August 22, 2003

BACALAH QURAN

BACALAH QURAN

Seperti hari Jumaat yang biasa, hari ini bersembahyang Jumaat di tempat biasa, iaitu masjid Jamek Kuala Lumpur. Tempat pertemuan dua sungai, sg Gombak & sg. Kelang. Seperti biasa juga, sebelum solat dipenuhi dengan ceramah tengahari terlebih dahulu. Ceramah pada kali ini bertujuan untuk mengingatkan semua hadirin supaya selalu membaca Quran. Suatu perigatan yang bagus dan perlu bagi setiap Muslim.

Namun nada penceramah adalah keterlaluan, iaitu terlalu lantang (dalam bahasa lain disebut menjerit, memekik atau seerti dengannya). Mengapa jadi begitu?. Mungkin supaya makmum tidak tidur. Mungkin memang sudah menjadi kebiasaan beliau cakap dengan nada sedemikian. Mungkin latar belakang pendidikan beliau dan banyak lagi kemungkinannya.

Namun.... seeloknya yang lucu dilucukan, yang serius diseriuskan dan sebagainyalah. Kalau sekadar nak ingatkan hadirin supaya jangan lupa membaca dan mengingati Quran, barangkali tidak perlu begitu ?.


No comments: