Labels

Wednesday, August 13, 2003

MUSLIM CAR

MUSLIM CAR
Setahun dua lagi kita akan memasuki alam AFTA. Ramai berpendapat pada masa tersebut kita akan dapat memberli kereta dengan begitu murah. Maklum sajalah, sekarang pelbagai cukai dikenakan terhadap penjualan sesebuah kereta yang mencapai hingga 300%. Sedangkan semasa AFTA nanti, cukai hanyalah sekitar 5%. Wah… banyak murah itu bah!. Akan tetapi akan murah kah harganya nanti?. Mungkin ya, mungkin tidak. Kerajaan mungkin akan mengenakan pelbagai syarat baru untuk memiliki kereta, misalnya sepertimana Singapura yang memerlukan sijil layak membeli kereta terlebih dahulu yang ada kalanya lebih mahal dari harga sebuah kereta.

Dengar-dengar cerita, harga kos sebuah proton semasa AFTA ialah sekitar RM50k, sebuah Hyundai RM30k dan Mercedes RM70k. Dari tinjauan rambang yang dibuat, jika benarlah harga sedemikian, jika mereka mempunyai RM50k, apakah agaknya kereta yang akan mereka beli?. Hyundai! Sebab dapat simpan RM20k lagi dan Mercedes sebab RM20k lagi boleh buat loan. Kalau begitu apa halnya dengan Proton?

Berdasarkan kepada statistik 6 bulan pertama yang dikeluarkan oleh MAA, didapatu penjualan kereta nasional telah menurun daripada 53% kepada 25% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sementara itu penjualan Toyota telah meningkat ke 74%. Malahan model terbaru Honda khabarnya telah ditempah oleh 10000 pengguna.

Jadi pengapa memilih Proton?. Semasa di UK dulu (UK adalah pasaran terbesar proton di luar Malaysia), saya ada bertanya kepada seorang pemandu teksi (ya… proton dijadikan teksi di sana) mengapa guna Proton (Pesona) dan tidak kereta lain?. Jawab pemandu teksi tersebut (orang Pakistan, kita panggil Paki saja). Oh my brother… do yo know that this is a Muslim car? Can you tell me please, in this world which Muslim country produce cars other than Malaysia?. We’re pround to use Muslim car, that’s why we support it 100%.

Bagaimana dengan kita?

No comments: