PENGIMPORT BERAS BOLEH DIKENAKAN ISA
Majoriti rakyat Malaysia makan nasi. Nasi pula adalah dari beras. Beras dari padi. Dari 22 juta rakyat, sebahagian kecil sahaja yang tanam padi. Selain daripada itu, beras adalah diimpot dari luar.
Untuk impot beras, lesen impot diperlukan. Oleh kerana ramai orang impot beras tanpa lesen atau berlesen palsu, maka beras boleh dijual dengan harga murah berbanding dengan beras yang dijual oleh Bernas (atau memang Bernas jual beras dengan harga mahal?). Dengan ini Bernas dilaporkan telah rugi RM22juta. Untuk mempastikan Bernas tidak rugi, pengimpot beras ini boleh/akan dikenakan ISA !!.
Agaknya selepas tak ada lagi orang yang berani impot beras, maka harga beras akan mahal dan 22 juta rakyat akan bayar harga tersebut untuk selamatkan Bernas?. Adakah Bernas akan bayar harga tinggi kepada petani?.
Matematik ini susah difahami dan apa agaknya akan terjadi dengan AFTA nanti bila beras dari negara jiran akan berlambak datang dengan harga murah?. (kempen makan ubi kayu?).
No comments:
Post a Comment