Labels

Monday, August 25, 2003

Kita Anak atau Bapak Malaysia

Kita Anak atau Bapak Malaysia?

Satu berita dalam TV semalam dengan megahnya menceritakan bahawa buat pertama kalinya lagu Malaysiaku akan dinyanyikan di luar negara. Kalau tak silap ia adalah di kawasan pergunungan. Sebabnya ada sekumpulan pendaki dari sebuah syarikat yang telah membuat 12 bulan persediaan akan mendaki gunung tersebut dan dijangka tiba menjelang hari kemerdekaan nanti.

Yang melucukan ialah apabila ketua delegasi memaklumkan bahawa umur peserta pendakian ialah antara 33 hingga 70 tahun. Jadi dalam delegasi ini katanya ada "anak Malaysia", "bapak Malaysia" dan "Datuk Malaysia". Hai... apa-apalah kamu ni. Kalau tak faham dengan apa itu "anak Malaysia", bertanyalah dulu sebelum bercakap. Mengapa tak bawa "ibu Malaysia" sekali dalam ekspedisi tersebut?.

Setahu aku le, Tunku Abdul Rahman (almarhum) seorang sahaja diiktiraf sebagai "bapa Malaysia".

Alahai... anak Malaysia.

No comments: