Labels

Thursday, August 28, 2003

Eishun Tokomori

eishun Tokomori


Tokomori 2 dari kiri dalam keretapi di Tokyo

Pada tahun 1999 adalah kali kedua saya berkursus di OKinawa, Jepun. Di sini saya bertemu dengan Eishun Tokomori, yang bekerja sebagai coordinator dengan JICE. Beliau mengiringi kami dalam lawatan 10 hari ke Tokyo. Beliau juga menyumbangkan satu lagu semasa majlis perpisahan kami yang dibuat ala kadar secar tak resmi dalam kelas.

Pada April tahun ini, saya sekali lagi terjumpa dengan beliau di tengah-tengah kesibukan bandar Tokyo. Yang mengagumkan saya ialah beliau masih cam dengan saya, walaupun sudah beberapa tahun berlalu dan beliau menjadi coordinator kepada ribuan pelatih dari segenap pelusuk dunia. Lebih mengagumkan lagi ialah pada kali ini beliau begitu fasih berbahasa Melayu (pelat Indonesia). Rupa-rupanya beliau telah bertugas selama satu setengah tahun sebelum ini di Timur Timor. Beliau juga adalah fasih berbahasa Spanish.

Dapat saya simpulkan dua perkara di sini. Pertama ialah tentang kehebatan beliau menguasai bahasa dan kedua bahasa Melayu memang mudah untuk dikuasai. Bagi saya, belajar bahasa Jepun semenjak 1989 di Jepun, sampai sekarangpun masih di tahap tadika. Mungkin alasan yang boleh diberi ialah bahasa ini susah untuk dikuasai. Namun saya juga belajar bahasa Inggeris semenjak mula kenal A,B,C, namun bahasa itu tetap asing juga bagi saya walaupun pernah tinggal dan belajar di negara orang putih. Maknanya?.... bukan bahasa yang susah, tapi diri sendiri memang benak :-)

p.s teringat untuk menulis untuk Tokomori ialah kerana seorang kawan ke Okinawa; semoga dapat bertemu dengan beliau.



No comments: