Labels

Monday, August 25, 2003

Golf - Antara Dua Lubang

Golf - Antara Dua Lubang

Pada hujung minggu lepas kami telah diminta untuk mengatur satu permainan golf di antara pegawai tinggi kerajaan kita dengan beberapa orang ahli perniagaan dari negara asing yang berniaga di Malaysia. Tempahan telah dibuat dan pemain-pemain telah dikenalpasti. Tugasan berikutnya ialah untuk menjemput pegawai tinggi dari agensi kerajaan negara tersebut yang berkhidmat di Malaysia.

Oleh kerana kami telah lama kenal dan mempunyai hubungan yang agak bagus dengan beliau, maka secara terus terang dan dari hati ke hati kami diberitahu bahawa ia adalah satu dilema yang paling besar, samada untuk menerima atau menolak pelawaan tersebut. Kami diberitahu bahawa pegawai kerajaan dari negaranya tidak dibenarkan sama sekali untuk berada bersama-sama (baca bermain golf) dengan satu-satu individu yang mewakili syarikat tertentu. Ia adalah menjadi kesalahan. Apa kata kalau kompeni lain pula yang ajak bermain nanti, atau membuat laporan bahawa pegawai kerajaan negara mereka ini tidak berlaku adil kepada kompeni-kompeni lain. Hendak ditolak, apa pula kata kita?

Dalam menggalakkan dasar pengswastaan dan persyarikatan agaknya, kita digalakkan untuk berinteraksi dengan sektor swasta. Tetapi bagi negara tersebut, yang jauh lebih maju daripada kita, mempunyai dasar yang amat ketat terhadap pegawai perkhidmatan awam mereka. Jika hendak main hendaklah berlaku adil kepada semua, kena jemput secara terbuka kepada semua.

Mengapa golf saja ya....

No comments: