Labels

Sunday, August 17, 2003

DUA X KE JEPUN DALAM SEBULAN

DUA X KE JEPUN DALAM SEBULAN

April 2003 mencatat sejarah. Pertamanya ke Jepun atas urusan JICA (homestay dan produksi multimedia). Seminggu selepas pulang, JICA bertanyakan "passport masih hidup lagi?". Ya. "JICA jemput ke Jepun lagi, harap sudi". Memanglah sudi, tapi macamana caranya nak dapatkan kelulusan dari boss, cuti tanpa gajipun tak boleh lepas. Seperti diduga, borang yang diisi terbiar begitu saja. "Orang lain dalam 1 tahun, mana ada yang pergi oversea 2X?", ini awak dalam 1 bulan 2X mahu pergi, ini tak aci, berilah peluang orang lain pulak" #$$@!^&&**%*((&^%$ Datuk!. Nantilah, letak saja borang tu, nanti saya discus dengan Tan Sri. Alamak.... bos besar nak ke Jakarta Tan Sri dah batalkan. Rakan setugas ke India telah dibatalkan. Alasannya ialah perang Iraq dan SARS. AKhirnya nekad saja... tiada berita maknanya berita baik. Tiket dah dapat, pergi sajalah.

Bila pulang semula ke ofis, surat kelulusan dah ada atas meja. Alhamdulillah.

Kata orang di pejabat ini adalah yang paling susah nak pergi oversea. Tapi ia di sebaliknya pula bagi mba, 5 tahun di sini, 5X pergi oversea. Kalau nak pergi yang ofis bayar, memang jauh panggang dari api, jadi kita buat-buatlah projek. Dah ada sponsor, takkan gomen nak tahan jugak. Pergi present paper ke, beri taklimat ke, semuanya selamat...

No comments: