Labels

Sunday, August 24, 2003

BERITA HUJUNG MINGGU

BERITA HUJUNG MINGGU

Sepanjang minggu lepas ada satu-dua berita panas yang menghiasi akhbar-akhbar perdana. Di antaranya ialah soal disiplin pelajar kita dan rasuah di kalangan penjawat awam.

1. 20 pelajar STAR (Sek. Tunku Abd Rahman) dipecat kerana cuba menghidupkan semula budaya ganster di sekolah tersebut. Menurut STAROBA (persatuan bekas pelajar STYAR) budaya samseng HIgh Council ini telah 11 tahun wujud dan telah lama dilaporkan kepada kementerian. -Amboi lamanya masa diambil untuk bertindak.

2. Soal penyeludupan beras - Kastam diminta awasi. Polis kata dah lama perkara ini berlaku. Kem.Pertanian yang keluarkan permit. Soalnya seludup atau lebih import?. Khabarnya lagi pengimport unytuk RM105juta, BERNAS ruju RM22juta. Alahai apa-apalah ni?.

3. Mengenai makmal komputer yang roboh dipantai timur, sudah lama jadi berita. Tapi kali ini ialah apabila BPR akan siasat batu, paku, simen dan kayu yang digunakan. Heh... selamat menyiasat hingga ke akar umbi.

No comments: