Labels

Sunday, August 03, 2003

Permudahkan Yang Senang

Permudahkan Yang Senang
Semalam (Sabtu) MBA ke PCFair di PWTC untuk membeli wireless router untuk membolehkan beberapa PC dan notebook di rumah dapat disambung dengan mudah ke Internet. Sekarang semuanya dah selesai dan moga-moga tiada lagi kebimbangan di hati apabila anak-anak selalu hilang malam pergi ke Cyber Cafe (CC). Sekarang CC dah berada di rumah. Wireless broadband lagi. Kawan-kawan yang nak berinternet free, terutamanya geng-geng yang selalu bermesyuarat di kedai mamak AU5, bolehlah bawa notebook dan kita sembang bawah pokok pisang...

Mengenai kemudahan Internet ini, MBA mula mendapat akaun pada tahun 1985 (kalau tak silap), semasa bekerja di JKR. Selamanya bersama jaring. Walau bagaimanapun akaun TMNet tetap ada sebagai backup sebab 1511 biasanya susah nak dapat talian. JAdi terpaksalah gunakan 1515. Di ofis, MBA mempromosi kepada semua bahagian/cawangan yang memerlukan internet dialup supaya memilih Jaring berbanding TMNet atas banyak sebab... Tapi kini semua pengarah bahagian telah menamatkan perkhidmatan Jaring dan memilih TMNet atas sebab akaun mereka dipotong tanpa sedar dan tanpa makluman, Sebabnya, Jaring tidak mengeluarkan sebarang bil (cuma mel peringatan sekali sahaja). Berbanding dengan TMNet yang mempunyai bil bulanan.

Berbalik kepada broadband (streamyx), memanglah hanya TMNet sahaja yang menyediakannya. Mahu tidak mahu pengguna memang tiada pilihan... Selepas permohonan diluluskan, Telekom akan minta kita buat temujanji dengan kontraktor mereka untuk memasang modem. Temujanji ini akan mengambil masa berminggu-minggu bergantung kepada mood kontraktor. Bila modem dipasang, kontraktor akan lesap dan tidak akan muncul lagi walaupun kita mempunyai masalah. Bila panggilan dibuat kepada talian khidmat pengguna streamyx, mereka akan buat macam-macam janji dan gerenti yang masalah akan selesai dalam masa 24 jam. Telefon demi telefon, tiket demi tiket, hari demi-hari menunggu tetap jemu. Masalahnya cuma instalasi, dan kontraktor tidak membekalkan CD. Betapa senangnya orang kita nak berniaga (menjadi kontraktor Telekom). Cukup dengan perniagaan Enterprise sahaja... Rasa-rasanya Telekom perlu jaga kredibiliti mereka dengan lebih mengetatkan QA dalam hal begini.

Celoteh ini bukan isu peribadi, tetapi dikongsi dengan ramai pengguna streamyx lain yang senasib. Yang tak sabar menunggu, akan buat pilihan dengan membeli peralatan sendiri (modem, router dll). Lagi banyak komplen, lagi untung agaknya bagi Telekom.

Permudahkan yang senang ialah, contohnya bagi pengguna yang berkemahiran, instalasi sesenang itu boleh dibuat sendiri tanpa menunggu temujanji dengan kontraktor yang datang ikut suka mereka bukan ikut masa kita. Perisian sepatutnya boleh didownload sahaja. Kemudian user group boleh ditubuhkan untuk bantu jiran-jiran yang memerlukan (tak perlu habiskan boreh bagi kepada kontraktor yang tidakpun dapat membantu).

:)

No comments: