Labels

Sunday, August 17, 2003

PERJALANAN PERTAMA KE US

PERJALANAN PERTAMA KE US

Setelah 18 tahun bertugas, pertama kali berpeluang ke USA.
Dari KUL ke SIN dan terus ke LA yang mengambil masa 17 jam.
Tiba di LA, tukar waktu ke masa tempatan. Dari LA ke VA 3 jam
perjalanan. Jam di tangan menunjukkan 11pm. "Sepatut"nya staf
hotel menunggu di lapangan terbang. Akhirnya menaiki cab sendiri
ke Homewoods Suites Hotel. Tiba di hotel, tiada nama didaftarkan.
Terpaksa gunakan kad kredit untuk mendaftar sendiri (esok makan
angin sajalah jika nama memang tidak didaftarkan utk kursus). Apabila
dapat bilik, buat jama'/kada' mana-mana yang patut dan terus tidur
hingga ke pagi. Sebelah pagi, 6am, hmmm sempat lagi subuh walaupun
di luar sana baki-baki salji masih lagi membeku sudah jelas kelihatan.
Jam 7 turun ke cafe hotel untuk breakfast. Sorry sir, our brekfast end at 9am.

Dipendekkan cerita, sebenarnya masa itu ialah 10am, bukan 7am. Sebabnya?
Tak tukar waktu dari LA ke DC. Hmmm... pertama kali di US, satu negara pelbagai
waktu.

ps rupa-rupanya masa sampai di hotel tu jam 3am, bukannya 12pm. Patut le
semua orang tak layan :-)

No comments: