Labels

Tuesday, August 19, 2003

UK - BARANG TERPAKAI YANG BARU

UK - BARANG TERPAKAI YANG BARU
Kenangan bagi yang masih berkesempatan mengunjunginya :-)



barang terpakai yang baru
by tareth


3:50pagi
amin perlu bangkit segera
dia tidak mahu ketinggalan
takut benar kalau-kalau ketunggalan
dia harus cepat bertindak
perlu kejutkan anak-anak
pelukan aisyah segera dilepaskan.

3:59pagi
amin siap sedia
aisyah sibuk didapur siapkan sarapan
anak-anak masih tidur
amin semakin gelisah.

4:10pagi
semua sudah sedia
amin berangkat bersama keluarga
menuju padang lumba kuda.

4:46pagi
diruang letak kereta
amin mencari petak kosong
hati semakin bimbang
terlihat orang berbaris terlalu panjang.

4:55pagi
amin masuk baris
depan mat salleh
belakang pun mat salleh
tinggal aisyah bersama anak-anak jauh kebelakang.

5:10
dipintu masuk
amin seluk saku
keluarkan £1
50p untuk diri sendiri
50p untuk aisyah
"mujur anak-anak free.." kata amin dalam hati.

5:30pagi
amin pusing satu padang
haram belum beli hatta satu barang
"kenapa tak beli bang?" tanya aisyah bimbang
"mahal!" jawab amin garang
"semua barang lebih £1!"

5:45pagi
amin sedikit gembira
ditangan dibimbit sebiji raga
"nak buat apa bang dengan raga tu?"
"entah,abang tak kira,murah,10p je...abang beli la..."

6:00pagi
amin mencari aisyah
yang hilang dicelah-celah ramai orang

6:30pagi
amin jumpa aisyah
ditangan aisyah ada tiga biji pinggan
"berapa?" tanya amin
"£1.50." jawab aisyah
"mahalnya!" kata amin,marah
muka aisyah jadi merah

6:46pagi
amin menuju pintu keluar
tangannya perlu di"tatoo"
tandanya dia akan segera masuk semula

7:00pagi
amin terjaga dari lena sementara didalam kereta
kini dia sudah segar semula
dengan semangat baru,kali ini habis padang lumba kuda dia ronda.

9:00pagi
amin mula letih
anak-anak lagilah letih
aisyah pun sama letih

9:20pagi
amin sekeluarga berangkat pulang
sebiji raga,tiga biji pinggan
dalam bonet belakang.



tareth.seidgefieldcarbootsales..

No comments: