Labels

Thursday, August 21, 2003

LAGI-LAGI PELAJAR BERGADUH

LAGI-LAGI PELAJAR BERGADUH

Akhbar-akhbar nasional hari ini menyiarkan beberapa berita mengenai pergaduhan pelajar dan pelajar dipukul oleh pelajar. Seorang pelajar dilaporkan sebagai berkata, ia dipukul ala-ala gusti. Seorang pelajar lain ditoreh perutnya dengan pisau lipat oleh sekumpulan pelajar lain semata-mata kerana cermin pengasah pensil yang menyilaukan ahli geng sipemukul. Minggu lepas pasal pelajar senior pukul pelajar junior di asrama sehingga terpaksa buang buah pinggang.

Apalah nak jadi dengan bebudak sekarang?. Kem, Pendidikan khabarnya akan membuat kajian & peraturan khas mengenai sekolah berasrama.

Yang agak memeranjatkan juga ialah apabila 3 (ekor) orang utan di Kota Kinabalu telah mati ditikam. Hmmm... adakah orang utan ini mengikut jejak langkah pelajar-pelajar kita? :-)

No comments: