haiku "hanya kerusi" ciptaan saya ini telah dipilih menghiasi haiku hari ini dalam ruangan e-sastera. Walaupun ia "hanya kerusi", namun yang tersirat adalah lebih jauh mendalam lagi. Hanya kerana sebuah kerusi manusia sanggup bermusuhan, bergaduh malah berbunuhan. Dalam merebut kerusi tiada istilah kawan dan lawan. Kawan boleh jadi seteru dan kawan boleh jadi lawan. Kerusi bukan saja jadi perebutan dalam medan politik, malahan juga dalam dunia akademik dan sebagainya. Perebutan kerusi, biasanya adalah dalam DEMOKRASI yang diistilah sebagai DEMO NAK KERUSI.
HANYA KERUSI kerusi cantik
|
No comments:
Post a Comment