|
cincin di jari SMS di telefon pemutus tunang |
BERITA yang jarang-jarang kita dengar, tetapi agak hangat pada masa ini ialah mengenai seorang bakal pengantin perempuan duduk seorang di pelamin kerana tunangnya tidak hadir di majlis perkahwinan mereka. Pertunangan diputuskan hanya melalui SMS sahaja.
Berita begini jarang keluar, namun ia bukanlah jarang berlaku. Biasanya jika berlaku, pihak keluarga perempuan tak mahu heboh-heboh, takut malu. Mereka sanggup tanggung derita berbanding dengan tanggung malu. Namun apa yang terjadi di selatan tanah air ini, berita disiarkan secara meluas sekali. Alang-alang dah tanggung rugi kerana kenduri tetap berjalan, apa salahnya diberitakan sekali. Seluruh dunia boleh akses berita ini.
Apa yang lebih hebat lagi ialah pihak pengantin perempuan menyaman pula bekas tunangnya. Mungkin ini adalah kes yang pertama di Malaya...
Saya pernah pergi meminang bagi pihak adik saya. Pihak keluarga perempuan siapkan 'perjanjian' lagi. Ia itu jika pihak lelaki mungkir, begini-begini. Jika pihak perempuan mungkin begini-begini. Bila syarat-syarat ini dipersetujui, maka termeterailah pertunangan tersebut, walaupun kontraknya tidak perlu ditandatangani, Namun ia disaksikan oleh ramai orang. Begitulah lebih kurang adat atau hukum dalam bertunang...
Dalam kes di atas, pihak keluarga lelaki agak terkejut kerana keluarga perempuan telah memfailkan saman walaupun mereka (keluarga perempuan) telah menghantar rombongan memohon maaf. Adakah wajar maaf dan saman?.
Saya rasa ia adalah patut sekali. Maaf perkara lain dan saman perkara yang berasingan. Jika tiada maaf bagimu lagilah parah...
1 comment:
mintak maafla klu sy kurang bersetuju dgn encik di atas...
mungkin encik tak merasai apa yg berlaku..encik rasa..benda ini sekadar utk melepaskan kemarahan...
utk pihak permpuan menyediakan persiapan pertunangan menelan belanja hampir rm5k..dan itu adalah sesuatu yg simple..,
tunang sy melarikan diri utk discuss ttg permasalah ini utk mengelak pembayaran ganti rugi..ttp apa yg berlaku pada pihak permpuan..?
apatah lg klu mengetahui punca nya disebabkan lelaki itu sendiri..melayan permpuan lain sedangkan sudah punyai tunang..mempunyai hubungan dgn permpuan lain...
apa2 pun..byran denda bukanlah utk melepaskan kemarahaan...utk puaskan hati...
Post a Comment