Itu kata orang kita, tapi kata mereka pulak ialah demi fesyen mereka akan pakai apa sahaja yang terkini. Apakah sebenarnya fesyen?. Seorang pereka fesyen
Semalam semasa dalam LRT saya terjumpa dengan seorang gadis yang memakai fesyen paling baru. Pertama kali saya terjumpa fesyen sedemikian. Rasanya Cik Kieli yang sesat di kota Tokyo pun masih belum menjumpainya. Tapi entahlah semasa dia sesat di kota London dulu mungkin dah pernah ditemuinya kot. Saya rasa kesian kepada gadis comel ini. Entahkan fesyen entahkan dia memang papa. Kasutnya sebelah bertali putih dan sebelah lagi bertali merah jambu @ pink. Walaupun fesyen tersebut tidak mendedahkan aurat, jika anda ada anak atau sedara mara, cubalah larang dari memakainya. Sebabnya Nabi s.a.w ada bersabda yang lebih kurang maksudnya begini "Kamu dilarang memakai sepatu atau selipar yang belah kiri lain, belah kanan lain. Ia adalah makruh dan membawa kepada kepapaan". Moga-moga kita dijauhkan dari fesyen-fesyen sedemikian.
No comments:
Post a Comment