Nasha Aziz: gambar hiasan
BIASA sangat dalam masyarakat Melayu dulu-dulu dan yang tinggal di kampung-kampung akan mengatakan "ayah engkau dah mati" kepada anak-anak yang ditinggalkan oleh ayahnya, iaitu bila bercerai dengan ibu budak tu. Ya lah, bila bercerai, hilang entah ke mana, tanpa nafkah tanpa segala. Si ayah biasanya akan muncul semula bila nak jadi wali untuk menikahkan anak perempuan mereka.
Kat kampung saya ada satu kes begitu. Masa mereka berpisah, saya masih kanak-kanak dan konon cerita si ayah pulang ke Kuala Lumpur dan tidak pernah bertanya khabar mengenai anak yang ditinggalkan. Apabila saya bersekolah di Kuala Lumpur dan kemudiannya bekerja juga di Kuala Lumpur, Atok budak tu datang jumpa saya kot-kot saya terjumpa dengan bekas menantu dia ni.
Tapi pakcik ni kata 'menantu pakcik tu dah mati'.
Mengapa pakcik kata dia dah mati?
Ah kalau dia masih hidup tentu dia jenguk anak dia, tanya khabar
Jika dia hidup sekalipun, pakcik kata dia dah mati. Ia itu mati "kira-kira".
Itu cerita dulu, yang mana mertua kata menantunya dah mati dan janda kata bekas suaminya dah mati. Tapi sekarang anak perempuan dia dah besar, dah glamor dan dia juga kata "ayah saya dah mati", saya dipelihara oleh datuk.
Tup.. tup sampai surat saman. Hoi ini ayah kaulah, masih idup tau?. Mengapa kau kata ayah dah mati?. Malulah ayah kau buat macam ni, ayah nak tuntut ganti rugi
he he he.
No comments:
Post a Comment