Labels

Friday, July 24, 2009

WAJAH-WAJAH YANG TERTIPU


Wajah-wajah empat budak hitam yang tertipu dengan orang putih, penjajah nenek moyang mereka. Seorang lagi budak hitam memang tertipu besar apabila ketinggalan keretapi untuk turut bergambar. kesian kami semua


SEMALAM adalah merupakan hari terakhir tidak rasmi kursus CAHRM. Sehari suntuk kami berlima menghadapi exam. Selepas exam majlis penyampaian sijil dilakukan.

Saya telah banyak jugalah menghadiri kursus, samada dalam negara ataupun di luar negara. Ini adalah merupakan kursus yang paling teruk (saya tidak terjumpa perkataan yang lebih teruk yang boleh digunakan). Kandungan kursus cuma word, Excel, Access, Power Point dan E-Mel. Banyak subjek dalam jadual tidak diajar langsung. Ada kalanya dalam sehari Cuma setengah jam ada kelas, lepas itu kami dibiarkan main FaceBook atau buat kerja lain.

Syarahan pula dilakukan oleh si suami dan isterinya. Si isteri boleh dikatakan buta IT (kecuali surfing). Pensyarah jemputan ialah ibu mertua si pensyarah, iaiatu ibu isterinya. Kami tertaya-tanya juga, mengapa dia tidak jemput pula anaknya untuk jadi pensyarah kami.

Perjalanan kursus sangat tidak teratur. Main ikut dan sahaja. Sungguh membosankan.
Semasa majlis pemberian sijil, mula-mula ada acara ambil gambar beramai-ramai dan diikuti dengan pemberian sijil oleh pensyarah. Kami hanya berlima, yang bergambar adalah empat orang sahaja. Seorang lagi lambat datang (pergi surfing selepas exam) kerana ikut jadual ambil gambar 5.10 petang sedangkan acara dilakukan pada 4.50pm. Jika 50 orang peserta, entahlah apa yang jadi.

Majlis penyampaian sijil ini tidak ada sebarang ucapan. Lebih dungu lagi ialah sijil diberikan oleh pensyarah. Ini menampakkan seolah-olah kursus ini diadakan oleh si pensyarah laki-bini sahaja dan bukannya oleh Crown Agents International. Mengapa orang Crown Agents tidak ada?

Lepas pemberian sijil, kami berlima balik tanpa menyentuh jamuan yang disediakan. Hanya pensyarah laki-bini sahaja yang minum arak yang disediakan.

3 comments:

Cat Cat said...

Gelihati Cath baca entri kali ini.
Sedih pun ada... Terbahak-bahak ketawa pun ada... Maaf ya MBA.

Kursus orang putih Cath rasa memang begitu lah.. Main hentam aje. "Cincai" orang cina kata. Memang tak sama langsung kalau kita berkursus di negara kita sendiri.

Anonymous said...

crown agents tu hanya sebagai agen pemberi perkhidmatan kepada kjn malaya oleh pembekal luar negara. dia tahu menahu pong pasal kursus tu.

aw1

Anonymous said...

boleh masuk rancangan raja lawak ni.
wadduh pak!