RABU 22 JULAI, 7:45am
Seminggu sudah berlalu. Lima hari berkursus CAHRM (Computer Applications for Human Resorce Management) tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Sebaik tamat hari pertama saya sudah khabarkan perkara ini kepada pensyarah. Apa yang ingin diajar dalam jadual sudah saya pelajari 20 tahun dahulu. Bukan bersikap angkuh. Bukan sombong. Tidak sekali-kali ingin menunjuk pandai. Namun orang putih kata kita perlu bersikap terbuka. Kita patut lebih kritikal. Berterus terang.
Nampak gayanya pensyarah sudah serba salah. Namun alas an yang diberikan ialah, peserta tahun lepas ingin klik mouse pun tidak tahu, bagaimana ingin diajar subjek yang lebih tinggi. Lagi pula, tugasnya hanya mengajar, silibus disediakan oleh pihak lain. Alas an ini boleh diterima.
Barangkali dia melaporkan rasa tidak puashati saya kepada penyelaras kursus. Mereka berjanji untuk temuduga saya keesokan harinya. Namun seminggu berlalu, bayangpun tidak nampak. Sebenarnya rakan sekelas daripada afrika juga bosan dengan perjalanan kelas. Namun apa yang pelik ialah, mereka memuji pensyarah dan silibus bagai nak gila. Di belakang cakap bosan, di depan cakap sangat bermenafaat. Akhirnya saya seorang diri sahaja nampaknya yang tidak berpuas hati.
Kini minggu kedua. Isnin dan Selasa tidak menampakkan banyak kemajuan. Malahan Isnin langsung tidak ada kelas. Kami sembang, bincang dan berinternet. Pensyarah berikan nota mengenai KPI (Key Performance Indicator). Memang saya perlu aplikasi atau bangunkan aplikas berkaitan KPI. Namun apa yang diberi adalah sekadar takrifan KPI sahaja.
Selasa satu lagi kertas nota KPI diberikan. Sebelah petangnya diajar lagi MS. Excell. Sangat sederhana tahapnya, tidakpun mencecah fungsi advance. Apatah lagi ke makro.
Hari ini sudah Rabu. Dijanjikan dengan syarahan mengenai isu terkini dalam HR daripada pensyarah jemputan yang hebat katanya …
No comments:
Post a Comment