Labels

Friday, July 10, 2009

SIKAP BOS YANG KURANG BAGUS

SAYA sudah bekerja 'makan gaji' lebih daripada suku abad. Dalam tahun-tahun pertama perkhidmatan, sayalah bos, sayalah kuli. Semua kerja saya buat sendiri. Sebabnya? tidak ada orang lain. Kini saya mempunyai hampir 100 orang staf.

BIASANYA saya akan berikan tugas kepada staf setelah saya pasti saya sendiri boleh melakukan tugas tersebut. Kayu ukur saya ialah, jika saya boleh siapkan tugasan tersebut dalam masa 2 hari, staf yang mengambil masa 2 minggu untuk selesaikan tugas tersebut masih dikira OK. Namun jika 2 bulan, memang dia mahu kelentong.

MENGAPA kita agih-agihkan kerja?.
a. mahu cepat
b. kita banyak beban
c. mahu melatih orang bawahan
d. nak tunjuk kuasa
e. lain-lain (nyatakan)

Oops .... semasa menaip entri ini, saya terima SMS daripada seorang staf, katanya dia MC hari ini dan semalam. Hari ini ada mesyuarat penting. Semasa saya jadi kuli dulu, saya pernah dapat MC enam (6) minggu. Bila tima masa mesyuarat, saya bertongkat datang ke pejabat untuk hadir ke mesyuarat. Saya tidak pernah ponteng walaupun satupun mesyuarat mingguan yang telah dijadualkan selama enam (6) tahun saya di situ. Seronoknya bekerja!.

KEMBALI kepada bos dan anak buah. Biasanya saya memberi peluang kepada staf untuk buat kerja yang diagihkan. Jika tarikh tamat sudah hampir dan kerja masih belum disiapkan, apa yang perlu bos buat?.
a. Tengking
b. Minta penjelasan
c. buat memo
d. bos yang buat kerja tersebut
e. lain-lain (nyatakan)

SEMALAM saya selesaikan satu tugasan dalam masa 10 minit sahaja. Tugasan tersebut telah diberikan kepada staf 2 minggu lepas dan memang jelas bahawa semalam adalah tarikh luputnya.

Itulah di antara tabiat bos yang tidak bagus.

4 comments:

Cat Cat said...

Oooh, kerja yang boleh siap dalam masa 2 hari, masih belum disiapkan dalam masa 2 bulan??

Itu sudah melampau tu... Kena sound staf tu. Jangan kasi peluang. Kerja tak siap = kurang mahir = PECAT. Haha. Ya ya. Cath ni kejam!

doBot said...

Hehhehe...seronok aku membaca tulisan nie.

Salah satu perkara yang kengkadang kita tension jadi bos, bila kita suruh orang tu buat kerja, dia buat. Kemudian, dia dah tak buat bila tak disuruh. Kiranya macam paku dengan tukul

Macam aku kerja kat ladang, kalau nampak rumput panjang, aku suruh orang potong. Kalau aku tak suruh, sah-sah rumput tu akan sampai paras leher. hahahahah

MBA, kor kerja jabatan mana ek?

fusarium solani said...

Pak MBA,

Bersabar ya! :)

Bangun Sebelum Subuh said...

Ada yang terasa