Labels

Saturday, July 04, 2009

SABTU TERAKHIR

HARI ini adalah merupakan Sabtu terakhir dalam siri Travelog UK saya. Sabtu lagi satu saya akan terbang ke UK sekiranya semuanya berjalan lancar.

Tiket penerbangan sudah lama di tangan. Beg sudah dihantar oleh agen penerbangan. Yuran pengajian sudah dibayar oleh penaja. Hotel penginapan telah ditempah dan bayaran penuh telah dibuat. Apa lagi yang bakal menghalang?. H1N1. Beberapa kementerian telah membatalkan semua program ke luar negara. Jika saya dikenakan sekatan tersebut, saya akur.

Sebenarnya masih banyak lagi persiapan yang belum saya buat. Paspot masih belum diperbaharui. Mungkin esok (Ahad) ataupun paling lewat Isnin. Nasib baik visa tidak diperlukan. Melihat-lihat suhu di sana, hmmmm 19C. Sejuk jugalah, walaupun dalam musim panas sekarang. Ramalan cuaca dan waktu sembahyang telah dimuat turun.

Sesampainya di London, belum pasti lagi mod pengangkutan untuk ke Worthing. Teksi, bas atau keretapi. Barangkali nak teksi sahaja, walaupun mahal pendahulaun diri mesti dihabiskan juga. Telah meminta penganjur di sana uruskan pengangkutan, tetapi belum mendapat maklumbalas.

Aktiviti hujung minggu nanti ialah untuk ke Leeds dan Sheffields. Beratus batu ke utara. Mod pengangkutan yang ada ialah bas (UKP50), keretapi (UKP100) atau sewa kereta (UKP50 sehari). Kemungkinan besar naik keretapi dan akan tiba di Sheffield atau Leeds jam 1am. Masa inilah kita perlu susahkan kawan di sana. Harap-harap Manan dapat menunggu seawal jam 1am Sabtu itu. Program hujung minggu ialah ke Leeds untuk bertemu kisal silam.

Pakaian yang sesuai, bekalan makanan dan banyak lagi masih belum disediakan. OK ya .... saya hendak ke kedai mencari dua helai seluar.

Jumpa lagi!.

4 comments:

anaklangkawi said...

Salam..
saya salah seorg pembaca / pembeli buat duit dgn photo..
nice blog..

harap2 dapat bertukar2 fikiran & tunjuk ajar dlm photography..

Cat Cat said...

19C tu agak2nya 75F? Itu adalah cuaca yang paling memuaskan. Tak sejuk sangat, dan tak berapa panas... Ngam ngam orang kata.

Have a safe trip.

mba2u said...

tuan anaklangkawi;

terima kasih atas kunjungan tuan. Terima kasih juga kerana membaca buku saya.

ya... ya kita boleh sama2 berbincang.

blog tuan juga hebat!

mba2u said...

Cath;

19C kiram ngam. Walaupun summer masih lebih dingin berbanding dengan Malaysia.

terima kasih atas doa.