Saturday, July 25, 2009
HARI TERAKHIR KAMI BERSAMA
SELEPAS menerima sijil, semua kami pualng ke hotel sendiri-sendiri. Entah bagaimana, mereka mengajak saya berjalan-jalan. Mereka berempat menunggu saya di “Beach”. Sayapun turun dan pergi ke hotel “The Beach” yang terletak di sebelah hotel saya, The Kingsway. Rupa-rupanya mereka menunggu di pantai. Kami berlima berjalan-jalan menyusuri pantai tanpa kata-kata. Cuma berjalan merasai kedinginan petang hari terakhir kami berlima bersama di Worthing. Besok sudah ada yang akan pulang dan selebihnya lusa.
Tiba di funfair, dua daripada wanita menaikinya dan menjerit-jerit ketakutan. Jika diupak 100 pound pun ssaya tidak akan naik. Kami berjalan lagi. Singgah di kedai kopi. Duduk dan memesan teh panas. Berjalan lagi. Singgah di KFC ada yang memesan untuk dibungkus. Berjalan lagi dan singah di Mc.D ada yang memesan tapau. Berjalan lagi dan berjalan lagi. Akhirnya singgah di restoran Lebanon, kesemua mereka memesan pizza. Saya cuma memerhati. Dua daripada mereka Islam, namun makan segalanya yang kelihatan halal pada mereka. Oh ya, mereka solat macam kita. Mereka tidak sabar-sabar ingin pulang untuk menyambut Ramadhan yang akan menjelang tiba. Mereka solat setiap waktu, saya jamak-qasar. Ya, kita serupa walaupun saiz, rupa dan warna berbeza.
Sayu rasanya hari ini.
Selamat tinggal Worthing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Habis tu, Encik MBA makan apa..?? Roti & Milo again..?? Kat negara orang putih, memang payah nak cari makanan yang halal. Takpe, balik Malaya nanti, makan puas-puas ya... Nasi Lemak, Mee Goreng, Mee Rebus, Goreng Pisang, Rojak - semua kasi hentam kuat-kuat ya... :)
tatapan pilu No.2.
No.2:susah kalau pakai baju merah ni!
pengacau: kenapa?
No.2:org dah nampak, tak kan nak pandang kamera lagi...
awek baju biru: nko ingat ambek kosong je tu?
pengacau: tau.
No.2: flight nko malam ni kan pengacau?
kamera: digitalis!
Post a Comment