Labels

Tuesday, July 28, 2009

TRAVELOG IRAN



SAYA sedang menghabiskan bacaan buku Travelog Iran. Buku ini menyingkap perjalanan penulisnya, Dina Sulaiman dan keluarga ke Iran. Pelbagai cerita perjalanan mereka diceritakan dalam buku ini. Menarik. Saya membaca buku ini untuk dijadikan panduan tentang penulisan saya “Travelog UK”.

Travelog Iran (TI) dan Travelog UK (TUK) sangat berbeza. TI lebih berupa buku pelancongan. Ia menceritakan banyak tempat di Iran. Hampir seluruh Iran dilawati oleh penulis. Lagi pula penulis belajar dan bekerja di Iran selama lapan tahun sebelum tulisan ini dihasilkan.

TUK menceritakan pengalaman saya sekeluarga tinggal di UK untuk menyempurnakan ijazah sarjana. Saya belajar, isteri bekerja dan anak-anak bersekolah.

TUK adalah seperti Travelog Jepun (TJ) yang menceritakan pengalaman saya berada di Jepun untuk menuntut ilmu.

2 comments:

Cat Cat said...

MBA,
Cath teringin sangat membeli buku TUK and TJ MBA... Jikalau sudah diterbit, boleh tak bagi tau Cath melalui emel?

mba2u said...

Cath;

Sudah habis baca atau belum deraf TJ?. Jika sudah, buatlah catatan sikit untuk ditulis kat buku tu ...