Friday, July 24, 2009
SETIAP JUMAAT
SAYA beli novel ini di Putrajaya kerana di kulitnya menceritakan tentang kehidupan di Jepun. Saya ingin tahu. Saya ingin bandingkan dengan apa yang telah saya lalui semasa di Jepun. Novel ini tebal, ia iatu 723 halaman. Saya juga tidak pernah membaca tulisan Norhayati Berahim.
Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita….
Persahabatan itu telah menjadi racun.
Berbulan-bulan saya tidak sentuh novel ini. Saya bawanya ke UK. Minggu pertama berakhir tanpa menyentuhnya. Sebaliknya saya baca "Travelog Iran" yang hingga kini masih belum khatam. Mulai Isnin lepas, novel ini saya baca berselang seli dengan Travelog Iran dan hari ini, Khamis novel tebal ini sudah saya khatam. Sekarang saya jadi risau sebab novel sudah habis .... tempoh tinggal di sini masih panjang lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment