Labels

Friday, July 17, 2009

CACATAN HARI KE-4





Seperti hari-hari sebelumnya, saya tidak tidur semenjak pukul 12 tengah malam hinggalah selesai solat Subuh pada jam 3.30 pagi. Selepas Subuh saya menulis dan membaca. Jam 7 pagi mandi dan bersedia untuk sarapan pagi pada jam 7.30 pagi. Seperti pagi-pagi sebelumnya juga, sarapan hari ini juga adalah dua keping roti bakar yang dipotong empat. Mengikut menu harganya ialah UKP7.99 yang bersamaan dengan lebih kurang RM48 duit kita. Selesai bersarapan pada jam 8 pagi, aku berjalan longlai ke tempat kursus. Cuaca hari ini hujan renyai. Awan hitam pekat di langit. Suhunyaq entah berapa, sangat sejuk dirasakan walaupun ini adalah musim panas.

Perjalanan menyusur Bandar pada kali ini menemui bazaar pagi yang menjual pelbagai jenis barang. Bazar ini diadakan pada setiap hari Rabu. Masih terlalu awal untuk singgah dan membeli belah. Akhirnya tiba di Wilkinson dan singgah sebentar untuk membeli dua jenis krim Scholl bagi rawatan kaki dan ketuat.

Semalam penyelaras kursus berjanji untuk bertemu bagi membincangkan mengenai ekspektasi kursus. Sehingga ke petang batang hidungnya pun tidak kelihatan.
Hari ini tidak ada sebarang kelas diadakan. Pensyarah sudah bosan agaknya. Pagi-pagi lagi pensyarah perempuan mengadakan sesi team-building. Ia sungguh fun katanya. Sesi ini ialah berkenalan sesame peserta kursus. Tujuan perkenalan ini adalah untuk membina satu pangkalan data yang sama bagi setiap peserta. Entah di mana fun nya belum kutemui lagi.

Bagi memenuhkan masa, aku rakam gambar-gambar peserta kursus untk tatapan semua.
Jam 3 petang kelas sudah tamat. Pensyarah perempuan ini ingin pulang cepat kerana mahu packing kerana ingin pindah ke rumah baru. Isnin nanti baru dia aakan datang semula.

Perjalanan pulang ke hotel menyusuri jalan lain. Berjumpa dengan tiga buah kedai charity sederet. Tidak ada apa-apa yang menarik. Barangkali esok akan singgah lagi untuk membeli sepasang kot.

Cheers!

1 comment:

Cat Cat said...

Seronok baca update MBA... Diminta terus menulis hingga MBA pulang ke tanahair tercinta ya..??