Labels

Wednesday, July 29, 2009

CLOTH HALL VOL.1


pemandu teksi ternampak tanda ini di pagar


dan tanda ini di bangsal



inilah bangsalnya

saya letakkan beg di sini. Tengoklah tangganya.



Saya meninggalkan hotel The Kingsway pada jam 9.30 pagi dengan teksi menuju Cloth Hall, Kent. Pemandu teksi tidak mengetahui di mana Cloth Hall ini. Dia memandu berpandukan Tom-tom . Saya rasakan perjalanan daripada Worthing ke Kent melalui lebuhraya ini terlalu jauh. Lebih dari satu jam, papan tanda masih menunjukkan Dover, London dan beberapa tempat yang saya kurang tahu.

Akhirnya perjalanan memasuki jalan-jalan kampung. Jalan semakin sempit. Kemudiannya memasuki desa, belukar, hutan jalan hanya satu lorong. Hati sudah berbisik, macamana aku mahu tinggal di sini bagi tempoh dua malam ini?. Menyesal ada, risau pun ada. Alangkah baiknya jika mencari hotel murah di London sahaja?

Teksi tiba ke destinasinya, Tom-tom tidak dapat mengesan Cloth Hall. Saya ingatkan tentu ia berada di pekan. Pemandu teksi cuba mencari dari satu lorong ke lorong . Akhirnya ternampak perkataan cloth hall tertulis di dahan pokok, di tepi pagar. Teksi menyusur masuk. Kelihatan seperti rumah terbiar tanpa penghuni. Bagitu teruk sekali tempat ini. Terdapat empat atau lima rumah buruk di sini. Bangsal pertama dipenuhi kayu api. Bangsal-bangsal lain semuanya terkunci. Rumah yang paling besar, juga berkunci.

“Inilah Cloth Hall. Kamu mahu jumpa kawan di sini?”. Pemandu teksi bersuara.

“Ya, jumpa kawan”. Saya menjawab antara yakin dengan tidak. Dalam hati sudah cuak.
Tidak ada seorangpun di sini. Ia seolah-olah rumah tinggal. Akhirnya kami menemui tukan kebun yang sedang membersihkan kawasan. Pemandu teksi terus bertanya mengenai tempat ini.

“Ini ada orang mahu jumpa kawannya di sini. Mana orangnya?”
‘Oh. Dia baru sahaja keluar 20 minit yang lalu. Dia akan tiba dalam masa seminit lagi” Jawabnya.

“OK jika begitu, inilah tempatnya. Kerja saya sudah selesai” Ujar pemandu teksi.
Saya menghulurkan duit tambang sebanyak UKP50 dan meminta resit.
‘resit?” Pemandu teksi ini seolah-olah terkejut

“Untuk 100 pound?” Beliau kelihatan bersungguh-sungguh.

“Bagikan saya resit kosong sahaja”. Akhirnya pemandu memberikan saya sekeping resit kosong dan berlalu.

Saya kebingungan Ke sana dan ke mari memikirkan nasib badan. Hati sudah menyesal. Jikalah aku bayar 50 pound lagi kepada pemandu teksi tadi dan suruh dia bawa aku semula ke Worthing, selesai segala masalah aku rasanya. Tempat apakah ini?. Tukan kebun masih menjalankan tugasnya tanpa mahu diganggu. Begitu menyeramkan tempat ini.
Satu jam setengah dalam teksi, empangan sudah mahu pecah rasanya. Tandas tidak ada. Bolehkah aku melepas dalam semak-semak ini? Alamak…. Susahnya…. Di sekitar kawasan ini semuanya semak dan terdapat beberapa buah rumah. Saya berjalan ke hulu dan kehilir. Beg ditinggalkan di luar rumah. Jika hujan, tentu basah kuyup.

Saya cuba meninjau kawasan sekitar. Semuanya rumah-rumah yang bertutup rapat. Di bangunan sebelah kerap berbunyi loceng. Adakah ia gereja?. Mengapa loceng berbunyi pada hari Sabtu?. Tinjauan seterusnya mendapati ia adalah perkuburan. Kawasan sekitar yang paling besar ialah sebuah pejabat pos mini dan dihadapannya ialah perhentian bas. Itu sahaja.

Pulang semula ke Cloth Hall, penjaga masih belum tiba. Tukang kebun sudah selesai menjalankan kerjanya.

“Biasanya dia sudah balik pada waktu ini” Dia menyapa dengan acuh tidak acuh.

“Kamu tinggal berdekatan sini?”. Saya sekadar bertanya.

“Ya. Saya buat kerja sambilan. Saya adalah penjaga kubur di kawasan gereja di sebelah ini”. Beliau member tahu.

Saya diam dia juga diam. Akhirnya dia berkata. “Aku belum pernah sekalipun bertemu hantu sepanjang kerjaya aku”.

Saya senyum diam dia juga diam. Dalam hati seribu penyesalan sudah berkunjung. Penantian berterusan. Jika begitu teruk keadaan di luar, di dalam bagaimana agaknya? Signal telefon bimbit Cuma 1 bar sahaja di kawasan ini, internet atau WiFi memang tidak ada.

1 comment:

Cat Cat said...

Aiyo, kasik suspen aje... Cepatlah - ini mesti ada sambungan-nya...

Nak tahu empangan pecah ke tidak...?? Kot kot ternampak pontianak ke..?? Ataupun berteman tukang kebun menjaga kubur...??