Labels

Wednesday, July 22, 2009

PERJALANAN PULANG SHEFFIELD – WORTHING


Haji Salleh sekeluarga di depan rumah Manan


Sheffield  Doncaster  London King Cross  London Underground London Victoria Worthing

Manan mengadakan jamuan makan tengahari. Keluarga Hj. Salleh Yusof, bekas pendaftar UKM turut serta. Beliau adalah jiran saya di Kajang, datang menemani anak bongsu menamatkan Masters di Sheffield.

Jam 2.30pm menuju ke stesen Sheffield. Memasuki stesen ini tanpa sebarang pintu pemeriksaan tiket. Pelik sungguh. Memandangkan tren saya masih lambat lagi tiba, saya menaiki tren ekspres yang akan berhenti di Doncaster. Turun di Doncaster tanpa sebarang pemeriksaan tiket. Hujan sangat lebat di Doncaster.

Perjalanan seterusnya menuju King Cross. Tidak banyak masalah mengenalpasti platform dan tren kerana King Cross adalah merupakan stesen utama. Tempat duduk dalam tren ke King Cross ini semuanya adalah rezab. Saya tidak memilih untuk membeli tiket dengan nombor tempat duduk. Pertamanya saya perlu bayar beberapa Pound tambahan. Keduanya saya perlu tepat pada masanya. Oleh itu saya terpaksa berdiri setelah ke sana ke mari mencari tempat duduk yang tidak ditempah menemui jalan buntu. Beberapa orang lagi penumpang juga turut berdiri.

Perjalanan lebih 2 jam dengan berdiri tentulah memenatkan. Saya nekad untuk duduk di salah satu tempat duduk rezab. Kemudiannya bertukar ke tempat duduk lain sehinggalah tren berhenti di King Cross.

Tren ini menghadapi masalah teknikal dan terhenti dengan sendirinya di stesen Peterborough dan sekali lagi di Stevenage. Setelah tiba di King Cross ia telah lewat 15 minit daripada jadual asal. Apabila tiba di stesen ini, saya mencari London Underground ataupun tube. Alamak, line mana yang ingin dituruti. Oleh kerana destinasi berikutnya ialah London Victoria, saya nekad memilih Victoria Line. Setelah tiba, satu lagi masalah berlaku:

“Victoria line closed this weekend due to planned engineering works. Going to Victoria Station take Circle Line from platform 1”

Terpaksalah bergegas mencari Cirle Line pula. Akhirnya tiba di Victoria Station (underground) pada jam 7pm. Tren seterusnya ke Worthing ialah 7.17pm. Melilau mencari stesen London Victoria, satu lagi masalah. Stesen ini berada di luar daripada stesen underground. Jika kesuntukan masa, alamak terlepas tren lah jawabnya.

Saya tiba di stesen London Victoria beberapa minit sebelum tren berlepas. Itupun saya naik tren 30 minit lebih awal di Sheffield. Bayangkan jika saya naik tren yang sepatutnya. Tren 8 gerabak ini akan berakhir di Worthing pada jam 8.31pm. Kemudian gerabak 1-4 ke Portsmount dan gerabak 5-8 ke detinasi lain. Tren ini tergendala dua tiga kali sepanjang perjalanan. Paling lama menunggu di Gatwick Airport apabila tren kehabisan kuasa elektrik dan terhenti sendiri. Katanya terdapat skru di landaan yang hilang. Akhirnya tiba jua di Worthing pada jam 9 malam.


landasan keretapi di sini menggunakan simen, kita gunakan kayu

** Kelewatan 30 minit tren di negara maju adalah merupakan satu mala petaka. Jika di negara membangun, berjam-jam lewat adalah perkara biasa.

*** Nampaknya perkhidmatan tren di UK (dan juga US) tidak dapat mengatasi perkhidmatan tren di Jepun. Ia sangat sistematik dan staf mereka sangat suka membantu. Bahasa bukanlah menjadi penghalang kepada mereka

3 comments:

Cat Cat said...

Memang memeningkan sistem pengangkutan tren di UK... Kalau Cath, belum tentu boleh jalan-jalan makan angin di UK jika tidak ada bantuan dari kekawan.

Cat Cat said...

... continue

Sesat le jawabnya.... Kekeke.

Anonymous said...

i love Japang!