Labels

Thursday, July 23, 2009

44 EASTERLY AVENUE




Inilah rumah sewaan saya sesa di Leeds. Saya tiba semula di rumah ini setelah 12 tahun meninggalkannya dengan pelbagai kenangan. Rumah ini sudah mempunyai pagar, namun tetap tidak berkunci seperti dahulu juga. Di bahagian belakang rumah ini sudah dibina garaj kereta. Dahulunya di situ tempat anak-anak bermain salji di musim sejuk dan kami membakar lemang di musim raya. Semasa kami tiba di sini, tidak ada sesiapa di rumah. Jiran saya Mr. Morris juga tidak ada. Entahkan dia masih hidup ataupun sudah meninggal. Anjingnya Morisson juga tidak kelihatan.

Banyak sekali kenangan di rumah ini. Di rumah inilah kami buat jamuan rumah terbuka yang pertama dalam sejarah hidup kami. Di sinilah kami sekeluarga bergaduh dengan plumber yang enggan membuka kasut apabila ingin membaiki tangki air yang bocor. Di rumah inilah aya dipaksa bermaaf-maafan dan berpeluk arab oleh Iqbal dengan adiknya Iqbal. Lucu bunyinya. Adiknya adalah pemilik rumah yang saya sewa. Saya ugut ingin keluar rumah kerana dia tidak menyenggara rumah dengan baik. Akibatnya pintu rumah terkunci dengan sendirinya. Kami berbalah. Kami bertengkar. Abangnya datang mendamaikan. Kedua-duanya adalah Iqbal. Mereka gunakan nama keluarga.
Di rumah inilah Uncle Sim datang menghantar sayur dan buah-buahan beberapa hari dalam seminggu. Ramai orang beranggapan Uncle Sim adalah orang yang tidak siuman, tidak betul. Dia berjalan berbatu-batu dari rumahnya untuk menghantar sayur dan buah ke rumah ini dan berlalu pergi. Cerita mengenai Uncle Sim ada saya tuliskan dalam novel “Mahligai Cinta” oleh Sri Diah.

Di hadapan rumah ini jugalah kereta kawan saya dipecahkan pencuri. Sekampung Easterly Avenue kecoh dan berkumpul di halaman rumah saya. Bermasyarakat juga penduduk di sini. Dari tingkap rumah ini jugalah kami sekeluarga melihat salji pertama. Kami bermain salji di laman rumah. Dari tingkap rumah inilah setiap pagi di musim sejuk kami menunggu salji turun. Kami rindukan salji. Di sini jugalah kami anak-beranak terpaksa menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan kerana ditimbuni salji. Kami pernah memandu dan memiliki beberapa buah Mercedes di rumah ini.
Dalam rumah inilah saya dengan segala susah payahnya menyiapkan thesis. Kadang-kadang berpuluh kali naik turun tangga hanya untuk membentuk setengah ayat. Aduh peritnya.

3 comments:

Hajjah Suri said...

Assalamualaikum. Menarik entri ini. Bertuah saudara kerana berpeluang menjengah semula rumah lama merakam nostalgia keluarga. Harap-harap satu hari nanti saya dan keluarga berpeluang menjengah rumah-rumah sewa kami di UK dulu. Wassalam.

Cat Cat said...

MBA,
Cantik juga rumah sewa MBA di UK dulu. Alangkah baiknya jikalau dapat jumpa En. Morris dan "anak-nya", Morrison.

Anonymous said...

macam best jer cerita uncle sim tue...