Labels

Monday, July 13, 2009

HARI PERTAMA DI UK

Penerbangan MH02 yang dijadualkan tiba di London pada jam 5:05am tersasar dan hanya mendarat pada jam 5:15am. Cuaca sepanjang penerbangan tidak begitu lancer sehinggakan minuman panas tidak disediiakan dalam penerbangan. MAS memberikan kad keutamaan untuk melepasi pemeriksaan imigresen. Ternyata pemeriksaan imigresen UK memang lancer dengan bantuan kad keutamaan ini. Menunggu bag agak lama juga. Hampir 6am baru dapat keluar ke balai ketibaan. Dalam hati tertanya-tanya juga, siapa yang menunggu di luar sana.

Sebaik sahaja melangkah keluar, terpampang nama kita dipegang oleh seorang Mat Salleh berbadan besar, Eric namanya setelah memperkenalkan diri. Ah terima sahjalah. Kami berjalan menolak troli menuju ke tempat letak kereta di tingkat atas. Eric menggunakan teksi Volvo. Pertama kali menaiki teksi Volvo. Dulu moyang Eric menjadi tuan, menjajah negara aku, kini dia jadi drebar aku pula.

“Eric, engkau orang London atau Worthing”
‘Aku orang Worthing. Jam 4 pagi aku sudah keluar rumah dating menjemput engkau”
“Maaflah, kapalterbang terlewat sedikit”
“Macamana penerbangan?. Bagus?”
“Ok lah, tapi saya tidak boleh tidur”.

Eri8c memandu laju melalui lebuhraya ke selatan. Cuca diluar sudah cerah pada jam 6 pagi. Cuma jalan basah kerana baru lepas hujan barangkali. Seawal 6 pagi, sudah banyak kenderaan di jalan. Eric memutarkan lagu-lagu kegemarannya. Kuat sekali. Barangkali dia mengantuk. Maklumlah seawall jam 4 pagi sudah dating ke London untuk menjemput aku.

Tiba di persimpangan, Eric menyusur keluar daripada lebiuh raya. Perjalanan seterusnya adalah jalan kampung. Jalan sempit. Sunyi. Kiri-kanan pokok-pokok hutan. Wah beginikah Worthing?.

Mata melilau juga kalau-kalau terdapat “car boot sale” di sepanjang jalan. Tidak kelihatan walaupun satu. Pekerja sedang meletakkan notis pertandingan lumba basikal di kiri kanan jalan.
“Kita pekena kopi dulu OK?” Kata Eric. Memang sah dia mengantuk.
“OK juga”
Eric membelok ke Mc.D untuk membeli kopi. “cupporcino atau latte?” tanyanya
“Tidak mengapa, saya bayar untuk kamu”. Saya berhelah.
“Tidak, saya belikan. Latte atau cuppocini?”
“Baiklah, Latte”.
Eric memasuki kedai dan sebentar kemudian keluar dengan dua gelas Latte. Kami minum dalam perjalanan ke hotel.

Jam 7 pagi, tiba di Hotel Kingswood. Eric menurunkan barang dan kami bersalaman sebelum Eric pergi untuk menyambung tidurnya di pagi Ahad, barangkali.

Seawal 7 pagi Ahad. Hotel masih lagi tidak bersedia menerima tetamu. Pengurusnya memberitahu “kerani akan dating pada jam 7.30, kamu tunggulah ya”.
Sebaik kerani hotel tiba, saya terus mendapatkannya.
“Selamat pagi. Saya tahu ia adalah terlalu awal. Adakah bilik yang saya tempah sudah sedia?”
‘Maaflah, ikut peraturan check-in ialah jam 2 petang”
“Saya tahu. Jika kamu ada servis check-out lewat, tidakkah kamu juga ada servis check-in awal?”
“Semua bilik telah penuh. Paling awal 11:30 nanti ada yang keluar”
“Saya mahu check-in awal dan saya bayar untuk hari ini”
“Maaf”
“Baiklah. Sementara menunggu jam 2 petang, ke mana saya boleh pergi?”
“Anda mahu ke mana?”
‘Menghabiskan masa. Boleh saya tahu, di mana “car-boot-sale” yang paling hamper dengan hotel ini?”
“Hari ini ada jualan antic. Mari saya tunjukkan jalannya”.

Saya berjalan dan berjalan dan berjalan menyusuri segenap laluan dan lorong di Worthing. Hari masih pagi. Jalan masih sunyi. Cuaca masih dingin walaupun di musim panas. Kaki saya terus melangkah dan melangkah hingga penat dan letih. Ingin sekali mencari kedai yang menjual barang makanan dan beras. Tidak ditermui satupun kedai 24 jam yang dibuka. Akhirnya Cuma dapat beli roti dan susu di stor Wilkinson yang buka pada jam 10 pagi.

Tiba semula di hotel dan bilik masih belum ada yang sedia.
Seorang makcik yang sedang menikmati the pagi menegur.
“kamu buat apa di sini, mahu minum the?”
“Saya ingin check-in, tetapi masih belum ada bilik kosong”
“Oh begitu. Nanti kami akan sediakan bilik kamu sekarang ini juga”. Lagaknya bagaikan dia tuan punya hotel ini, walhal dia hanyalah seorang penghuni sahaja. Inilah orang Inggeris. Beliau seterusnya memanggil pekerja hotel dan member arahan supaya menyediakan bilik untuk saya dengan secepat mungkin.
“Jangan risau, saya telah arahkan supaya bilik kamu disediakan sekarang juga”.
Saya hanya mampu tersenyum dan 15 minit kemudian bilikpun siap dibersihkan dan saya check-in jam 11.30 pagi.

Mandi dan berehat sekejap.

Usai solat Zohor dan Asar, saya keluar lagi ke Bandar jam 4 petang. Lagi jauh perjalanannya. Orang sudah kian ramai. Kereta, motor, Baikal dan orang lalu-lalang di mana-mana. Cuaca sudah terang benderang. Panas, tetapi suhunya sejuk. Angin bertiup kencang, Sejuk. Jam 5 petang kembali semula ke hotel setelah usaha mencari beras gagal. Ingin makan roti dan rending ayam Mama Sal’s sebagai hidangan tengahari.

Jam 7.30pm. Hari masih panas.
Jam 8.30pm. Hari masih siang tetapi beberapa kenderaan telah memasang lampu. Kanak-kanak sudah tidak kelihatan di jalanan.
Jam 9.30pm. Matahari masih belum turun. Masih lambat lagi Maghrib. Saya tidur dulu sementara menunggu Maghrib dan Isya.

2 comments:

Cat Cat said...

MBA,
Glad to know you've arrived safely in UK...

Kat negara Barat ni, memang susah nak cari beras. Sesetengah grocery store yang ada aisle International, baru ada dijual beras. Kalau tidak, memang kena cari kat Asian Market.

Oh, lupa! Musim panas - siang hari lebih panjang dari malam. Di USA, pukul 9:00 malam, hari masih terang benderang... Jam 5:30 pagi, dah nampak orang start jogging.


Cat Cat

Anonymous said...

alhamdullillah.
selamat tiba di Worthing.