Labels

Tuesday, July 07, 2009

INDAH KHABAR SEINDAH RUPA?

JAM 11 pagi tadi saya ke Imigresen Pusat Bandar Damansara untuk memperbaharui paspot. Mengapa saya menaiki kenderaan sejam dari Putrajaya ke PBDamansara?. Mengapa tidak perbaharui paspot di Putrajaya sahaja?. Putrajaya tidak menyediakan perkhidmatan ini untuk rakyat biasa. Putrajaya hanya menyediakan perkhidmatan untuk VIP sahaja. Perkhidmatan VIP atau atas urusan kerajaan ini boleh diperolehi dengan m3embawa surat rasmi ataupun anda memang kenal atau mengenali orang-orang Imigresen. Saya memilih untuk tidak menggunakan kemudahan tersebut.

Seperkara lagi ialah, semua orang berkata, paspot boleh disiapkan dalam masa 2 jam sahaja. Apa salahnya menunggu 2 jam?. Dalam kiraan saya, tiba jam 11am, jam 1pm sudah selesai dan saya boleh pulang semula ke Putrajaya untuk mesyuarat pada jam 2.30pm. Saya pergi jam 11am dan tidak jam 7am ialah kerana ada tugasan perlu sehingga jam 10am.

Memang benar, pasport boleh disiap dan diserahkan selepas 2 jam. Tetapi bukan 2 jam selepas tiba. Setibanya, kita ke kaunter penyerahan dan diberi nombor giliran. Kemudian tunggu satu jam lebih sebelum nombor ini dipanggil untuk buat bayaran. Tempoh 2 jam ialah selepas bayaran diterima.

Saya dipanggil jam 12pm untuk buat bayaran dan bermakna jam 2pm baru paspot saya siap. Saya pergi makan dan jam 1.30pm ke kaunter penyerahan yang dinyatakan. Perlu ambil nombor lagi dan nombor yang lebih senior masih tidak bergerak. Saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat untuk bermesyuarat dan datang semua esok untuk pungut paspot tersebut.

+ "mengapa tidak guna kiosk?. pasti 2 jam sahaja"
- "mengapa tidak buat kiosk di Putrajaya?".
+- entah.

4 comments:

Azemi Ali said...

Adik Sarah baru buat paspot di Kajang semalam. Rasanya siap lebih kurang 3 jam.

mba2u said...

Pengalaman lalu buat paspot untuk anak-anak di Kajang:-

Perlu hadir sebelum 7am dan berbaris ambil nombor. Selepas sekitar jam 10am,nombor 'habis' dan servis tidak diterima lagi, kena datang esok hari.

Jika ada masa utk datang awal memang OK.

Puan Ainon Mohd. said...

Begitulah piagam pelanggan....

Cat Cat said...

Pengalaman Cath buat paspot dulu-dulu:-

Harus bertolak dari rumah pukul 6 pagi - beratur ambil nombor, tunggu dan tunggu lagi. Berhempit-hempit pulak dengan berbagai ragam manusia yang ada bau harum-haruman sikit.

Jam 12 tghari, lunch kat kantin.

Dah kenyang perut, balik ke kaunter dan tunggu lagi sambil menguap. Nombor masih jauh lagi - bergerak macam siput ba alif ba ya... Haha!

Jam 3 petang, baru-lah tiba giliran Cath. Dah selesai, ingatkan boleh ciao... tapi kena tunggu lagi buat bayaran - menguap lagi 3X.

Jam 4-5 petang, baaaaaaru lah boleh pulang ke rumah. Paspot akan siap dalam masa 3 hari.

Dalam proses di-atas, entah berapa kali Cath menguap. Mau pengsan di-buatnya!