Labels

Monday, July 06, 2009

CEKLIS KE LUAR NEGARA

TUGASAN pada kali ini telah mendapat notis beberapa bulan lebih awal. Sebelum ini ada kalanya notis hanya seminggu, malahan ada yang hanya sehari sahaja diberikan. Berdasarkan kepada logik akal, semua persiapan telah dibuat sebelum keberangkatan. Namun oleh kerana kealpaan diri, ia masih lagi dalam proses:-

1. Penginapan
Memandangkan musim panas sekarang, tempat penginapan dikatakan telah penuh semuanya. Apatah lagi bagi tempoh menginap yang lama. Saya akur sahajalah dengan saranan pihak penganjur. Wangpun telah dihantar sebagai bayaran 100%.

2. Pakaian.
Musim panas, tetapi suhunya adalah 19C. Lebih dingin berbanding musim hujan di Malaysia. Tidak memerlukan pakaian panas. Memadai dengan pakaian biasa sahaja dan sehelai jaket. Juga diperlukan suite untuk majlis penutupan. Sudah terima sepasang suite Piere Cardin dari Parkson tadi.

Pihak penganjur juga tidak memaklumkan (walaupun telah ditanya) akan etika berpakaian semasa berkursus. Belasah sahajalah dengan pakaian santai yang ada.

losyen dan lip gloss masih tetap diperlukan.

3. Makanan
Makan pagi disediakan oleh hotel. Pakan tengahari oleh penganjur. Soalnya: halal?.
Brahim, Maggi dan yang sewaktu dengannya perlu ikut serta.

4. Ubat
Panandol dan yang berkaitan dengannya

5. Duit
MAsih belum tukar lagi ke UKP

6. Bag
Telah disediakan oleh agen. Alamak, 5 pasang baju sudah penuh!. Tidak mengapalah, lima sudah cukup. Nanti kita claim dobi.

7. Passpot
Esok atau lusa akan diuruskan. Sibuk!!!

8. Peta.
Masih gagal dapatkan peta UK versi Garmin. Nampaknya terpaksa guna googlemap sahajalah, atau beli peta kertas.

9. London ke Worthing
bercadang untuk menaiki teksi walaupun mahal. Sebabnya jika naik 3 keretapipun, dapat penat sahaja, tuntutan sama sahaja.

10. Worthing Leeds
Masih belum buat keputusan untuk ke Leeds/Sheffields samada dengan keretapi, bas atau sewa kereta. Kemungkinan besar gunakan keretapi dan sampai di Sheffields jam 1 pagi.

11. Eropah?
???

12. Kajian kes
Masih belum difikirkan lagi.

13. Buku
Bercadang untuk habiskan sebuah novel dan sebuah travelog.
Bercadang untuk siapkan penulisan Travelog UK.

14. Selsema Babi
Sudah dapat suntikan pencegahan dan tadi telah terima mask dari hospital. Terima kasih!


15. APA LAGI EK?.

3 comments:

Cat Cat said...

Kasut MBA... Kasut sneaker, kasut kulit, kasut casual dan jangan lupa selipar Jepun!

mba2u said...

Kasut tidak mahu bawa, mahu pakai yg sepasang itu sahaja. Tidak mahu menambah saiz bag.

Yang lain jika perlu boleh beli dari sana.

Apa lagi ya.....

Cat Cat said...

Aha.. ada lagi.

1. Cermin mata hitam - nak nampak "cool".

2. Paket Teh Tarik 3-in-1 - bila tekak nak rasa teh buatan Malaysia.

3. Cap - untuk elak kepanasan semasa bersia-sia di Sheffields.

4. Krim rambut Belcream (jual lagi ke kat Malaysia?) - ini bila time nak melawa leh.. Hehe.

5. Minyak Wangi - bagi bau harum-haruman sikit.

6. Seluar renang - mana tau hotel ada kolam renang, boleh rilek rilek sekejap - rehatkan otak. Tak ada seluar renang, jawabnya tengok aje lah orang seronok berendam.

7. Apa lagi eeek? Nanti Cath fikir-fikir kan...


5.