Labels

Tuesday, October 02, 2007

LAWAT JEPUN CARA MURAH II








Bagi melawat Jepun atau mana-mana negara sekalipun, di antara kos yang terlibat ialah:-

1. Tambang kapalterbang ke destinasi
2. Penginapan
3. Makan
4. Tambang semasa di sana
5. Membeli belah.

1. Jika nak ke Jepun dengan tiket penerbangan murah, apa yang perlu kita buat ialah kena tunggu AirAsia buat penerbangan ke Jepun. Tapi rasanya memang tidak ada harapan buat masa terdekat ini. Cara lain ialah kena tunggu tawaran jualan murah dari MAS atau JAL (atau lain-lain penerbangan). Tambang biasa dari Malaysia ke Jepun ialah sekitar RM2700 (termasuk cukai lapangan terbang). Semasa tawaran murah, kita boleh dapat RM900 sahaja (tidak termasuk cukai lapangan terbang yang kosnya lebih kurang RM700).

Jika kita ingin terbang seorang atau sekeluarga untuk ke Tokyo sahaja, naik MAS atau JAL sama sahaja dan tidak ada kos tersembunyi. Walau bagaimanapun jika naik JAL yang singgah di SIngapura, kos akan bertambah kerana ada tambahan cukai lapangan terbang. Jika kita terbang pada hari Jumaat dan Sabtu, ada lagi caj tambahan yang dipanggil penalti sebanyak RM50. Jika boleh terbanglah pada hari biasa.

Jika kita ingin melawat beberapa bandar lain di Jepun dengan kapalterbang, lebih baik naik JAL, sebab tambang domestik JAL cuma Y10,000 (lebih kurang RM300) sahaja sekiranya kita ambil penerbangan antarabangsa KL-Japan dari JAL juga.

Oh ya.... jika pergi secara kumpulan, MAS dan JAL boleh berikan tambang istimewa dan ditambah pula dengan 1 tiket percuma bagi setiap 15 tiket yg berbayar bagi JALN dan setiap 20 bagi MAS. Jika ramai yang ingin pergi, walaupun lain-lain destinasi & tujuan, ada cara ia boleh dikumpulkan asalkan pergi dan balik sepenerbangan.


2. Penginapan.
Hotel di Jepun, khususnya di Tokyo memang tersangat mahal. Sewa hotel hotel biasanya RM300 ke atas. Saya pernah bertemu orang Malaysia yang selalu berulang alik dari Malaysia ke Jepun kerana tugas, ia memilih untuk tinggal di hotel sekitar airport (bukan hotel dalam airport), ia adalah murah. Saya pula suka tinggal di ryokan, iaiatu hotel tradisional Jepun. Harganya cuma RM50 semalam seorang sebilik. Jika berkongsi bilik perlu bayar RM80. Sistem hotel di Jepun tidak sama maca hotel di Malaysia. Ada kalanya berkongsi bilik adalah lebih mahal dari seorang sebilik. Pernah saya dan anak saya ke Tokyo dan kami tinggal seorang sebilik, kerana ia lebih murah.

Ryokan ialah hotel tradisional Jepun yang tidak menyediakan katil. Bilik cuma dilengkapi dengan tatami (tikar), futon (macam Toto tu...), bantal, selimut, TV dan ada ryokan yang mempunyai bilik air dalam bilik dan ada juga bilik air yang perlu berkongsi. Biasanya tidak perlulah ambil makan pagi di ryokan, sebab makanan yang disediakan, entah halal entah tidak, entah lalu telah entah tidak. Kebanyakan ryokan sediakan dapur untuk memasak dan PC berinternet untuk digunakan.

Selain daripada Ryokan, IYH (International Youth Hostel) juga murah. Walau bagaimanapun di IYH, kita terpaksa tinggal dalam dorm samada ber-4, ber-6, ber-8 ataupun ber-belas-belas. Sewa IYH lebih kurang sahaja dengan ryokan, mungkin sedikit lebih murah. Secara peribadi, saya lebih suka tinggal di Ryokan lagi.

3.Makan.
Makan di Jepun memang mahal. Apatah lagi jika makan di restoran. Walau bagaimanapun tidak semuanya mahal. Biasanya makan pagi Y500, tengahari Y1500 dan makan malam Y2000-Y2500. Jika anda rasa ianya sangat mahal, maka anda tidak boleh makan di Jepun. Anda perlu bawa maggi dan Brahim dan bawa rice-cooker dan masak nasi.

Sebagai perbandingan, harga Coke (350ml) ialah Y120, air mineral (500ml) Y110, secawa kopi Y180. Makanan di restoran Jepun yang murah ialah sushi (1 dish) Y105 dan Gyudon (beef bowl) Y350. Tapi rasa2nya tak halal ni dan sayapun tak pernah makan.

4. Tambang di Jepun.
Jika nak ronda-ronda Tokyo, lebih baik beli 1-day pass (Tokyo Metro) dengan harga Y710 (Tokyo Metro) atau Y1000 (Tokyo Metro & Toei-line) anda boleh round sebahagian besar daripada Tokyo naik-turun-naik-turun keretapi bawah tanah.

Jika anda nak round bandar2 di Jepun, cara yang paling afdhal ialah dengan membeli JR Pass dengan harga RM1000. Anda boleh naik bullet train, train biasa, bas dan feri dari syarikat JR bagi seluruh Jepun bagi tempoh seminggu. Ia amat menjimatkan. Ia memang berbaloi. Pas untuk 2 minggu dan sebulan juga ada. Pass ini perlu dibeli di Malaysia dan tidak dijual di Jepun. Nak beli kat mana?. Jika nak tahu, kena tanya. Kat KL ada 3 company yang authorise jual JR Pass ini.

5. Shopping
Orang kata mana ada barang di Jepun yang murah. Semuanya mahal belaka dan memang tidak ada yang murah melainkan mahal belaka adanya. Jika nak juga shoping dan anda tidak banyak duit, pergilah ke kedai 100 Yen. Semua barang di situ dijual dengan harga Y100 (RM3). Ada kedai sampai 5 tingkat, jual semua barang dengan RM3 sahaja, Boleh beli ....

Penutup.
Katakan kita nak pergi ke Jepun (Tokyo) untuk seminggu:
1.Tambang RM2700
2.makan (Y500+Y1500+Y2500)X5 = RM775
3.Metro pass (Y1000X5) = RM150
4.Penginapan (RM50x5)= RM250
Jumlah (tak masuk shopping) RM3,875
Ditambah dengan insuran perjalanan RM40
Ditambah dengan pengangkutan dari airport ke Tokyo pergi-balik (Y1500X2) = RM90
JUMLAH RM4005.

RM4005 adalah kos lebih kurang untuk seorang melancong ke Jepun. Jika dapat tambang murah, bolehlah jimat lagi dan biasanya myJICA boleh buat dalam RM2,995 bagi perjalanan lasak menginap di Ryokan dan RM3900 bagi penginapan di hotel bagi perjalanan berkumpulan (minima 15 orang) dengan seorang pemandu pelancong.



8 comments:

ainizakri said...

Salam MBA

Err..jgn pesan bawa rice cooker, nanti ada pelancung penat bawa rice cooker tapi tak boleh guna sebab elektrik watt n volt tak sama...naya aje tu kang..

apa pun, selamat datang ke jepun...yang mahal tapi indah ???

mba said...

Aini;

Ricecoker tu.... yg travelcooker punyalah, yg satu dunia punya voltage. Banyak jual kat Akihabara.

I nak ke Nagoya-Okinawa-Tokyo akhir November ni. U bila bersalin?.

HE said...

betul ke kena beli pass JR harga RM1000? atau kena beli pass JR Y1000?

mba said...

JR Pass tidak dijual di Jepun dan hanya untuk pelawat sahaja dan bukan untuk pemegang visa selain daripada visitor (student, pekerja dsb tidak boleh beli). Harganya ialah Y28,000+ yg bersamaan dgn RM1000 (lebih kurang). Ia adalah tiket shinkansen untuk 7 hari masakan Y1000.

Yang Y1000 ialah daily pass dan laku sehari sahaja dalam Tokyo sahaja. Ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dan hanya dijual di Jepun.

wak minah said...

bila lagi agaknya berpeluang pergi ke jepun.... hendak ikut serta kursus JICA dah tidak layak.

datheavenlysincethousandyearsagoguy said...

Assalam en MBA. Alhamdulillah, ada jugak info sbgini. Teruja rasanya.

InsyaAllah saya akan bertour backpacking ke JPN pd 29/3 - 12/4, 2008 turun di Osaka. Rasanya bab makan, x de hal. Saya plan nak explore Jepang end-to-end thru major prefectures. Saya perlukan guide ttg TRAVEL PASS:-

i) mula2 dr Osaka, apakah cara/pass terbaik sy perlu beli? yang RM1000 tu ke? Kalau 2 minggu lepak Jepun, double pass dapat diskaun ke? hihii

ii) kalau saya lompat bas ke bas dari selatan ke utara, possible x? Ke.. tren ke tren? ke.. camne?

iii) pastu, nak akhiri trip, dari utara ke osaka, apa cara terbaik?

iv) ataupun en MBA ada cadangan lain spt Osaka>utara>selatan>osaka? camne pulak passnya tuh?


Harap2 en MBA ada dijadualkan ke sana pada masa saya kat situ, bolehla guide me around d place :))

kalau x dan end-2-end, Honshu & Hokkaido aje pung jadilaa..

satu lagi, ryokan mana yg RM50 tu? Selain Tokyo ada ryokan camtu gak ke?? Sbb youth hostel paling murah pun ~rm70...

TQ wassalam

bunga rampai said...

Salam,

Terima kasih info ini.
Sangat berguna.

Anonymous said...

salam encik...nak tanya, bilik ryokan yg encik duduk tu apa nama hotelnya? dan di mana? murah juga rm50 satu malam.

terima kasih.