Labels

Friday, November 09, 2007

TRAVELOG JEPUN

Entri ini saya petik daripada UNIKA yang mana mel asalnya saya yang tulis kepada Puan Sifu.



Surat Pilihan: Bagaimana Tuan MBA Mendapatkan Sponsor Projek Travelog

Assalamualaikum wrk Puan Sifu-san!

Semoga puan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa gigih dalam perjuangan Bahasa Melayu dan visi memandaikan bangsa. Semoga bangsa kita tidak akan menjadi bangsa angkasa.

Pertama-tamanya saya memohon ampun-maaf kerana sudah agak lama tidak menyerahkan kerja rumah buku Travelog Jepun. Walau bagaimanapun buku Kerjaya Dalam Bidang ICT sedang diedit oleh PTS PROFESSIONAL dan Strategi Blue Ocean tinggal lagi dua bab.

Berkenaan dengan buku Travelog Jepun ini, insyaallah saya akan siapkan pada tahun ini juga.

Saya maklumkan kepada JICA bahawasanya saya sedang menulis Travelog Jepun dan kebanyakannya berkaitan dengan Okinawa. Saya mohon untuk ke Okinawa. JICA meminta sinopsis buku saya, tujuan, sasaran pembaca dan sebagainya.

Hasilnya pihak JICA telah mengaturkan lawatan saya ke Okinawa. Mereka menyediakan penginapan, makanan dan juga kemudahan jika saya ingin menemuramah sesiapa di OKinawa bagi bahan buku saya.

Pegawai JICA tersebut berkata, dia akan pastikan bahawa dia adalah pembeli buku saya yang pertama!

Saya akan ke Jepun dari 23-29 November. Sepanjang di Okinawa nanti, saya akan mengambil gambar-gambar yang dikira sesuai dengan jalan cerita buku Travelog Jepun tersebut dan akan berbual-bual dengan orang-orang Jepun yang saya temui untuk menokok tambah isi buku tersebut.

Moga-moga segalanya dipermudahkan.

MBA

6 comments:

Berisman said...

Tahniah MBA.
Kalau abedib nak ikut sama boleh tak? Berapa belanja?Pls text me.

mba said...

Abedib;

Nak ikut sama mmg boleh.... cumanya trip saya ialah KL-Nagoya-Okinawa-Tokyo-KL

Kat Nagoya tompang kawan
kat Okinawa JICA sediakan penginapan
Kat Tokyo tompang kawan

Harga tiket MAS KL-Nagoya & Tokyo-Kl ialah dalam RM1800 + Airport tax
Harga tiket JAL Nagoya-Okinawa-Tokyo ialah RM600 + airport tax

alang bidara said...

Tahniah, Tuan MBA....
Namun nasib Travelog Sudan belum diketahui nasibnya... :(

MYA MARJA said...

Tahniah, Tuan Pengembara! Hidup yang penuh kembara...

Anonymous said...

Tahniah MBA.Saya tertunggu-tunggu buku ini. Catatan pengalaman kehidupan pastinya menarik. Tambah-tambah saya belum sampai ke Jepun kecuali singgah di Airport Osaka.

MKI

Mohd Adib Noh said...

Ooo gitu.Lain kali saja lah MBA.