Labels

Monday, November 26, 2007

klia chubu oki

penerbangan malaysia daripada klia terlewat tiga jam. penerbangan sebelas empat puluh lima hanya berlepas jam tiga pagi. akibatnya semua jadual yang telah diatur oleh gifu world youth GWY tergendala. kami tiba di dewan persidangan setelah semua acara selesai. yang menunggu ialah keluarga angkat untuk menemui dan mengambil anak angkat mereka dan makan tengahari dihidangkan

selesai acara utama kami para kordinator ke hotel APA untuk membersih diri, solat dan jalan jalan. hajat hati nak tengok tugu peringatan HAIKU dan Basho. Hari dah gelap. Saya ke Nagoya untuk makan malam dan seterusnya menaiki train ke nagoya airport. Bermalam di airport lebih selamat berbanding di gifu. sebabnya perjalanan ke airport mengambil masa dua jam sedangkan penerbangan ke oki ialah jam lapan pagi.

tiba di oki jam sepuluh empat puluh dan terus ke hotel tamaki. check in tetapi hanya dapat masuk hotel jam tiga petang. So jalan jalan dulu keliling kokusai dori menanti waktu . sakit kepala. sakit kaki. jam dua diberikan checkin dan terus zzzzzzzzv.

surprise. surprise. surprise. budak budak students tunggu di airport jam lima sedangkan tuan punya diri sudah lama zzzzzz. siapa surprisekan siapa ....

terima kasih halela kerana datang ziarah

4 comments:

Anonymous said...

Thanks for the update. Lepas dia ke rumah foster parent, talian tak dapat dihubungi.

MAsh.

JahRera said...

salam MAsh, (tumpang lalu tuan rumah),

bila dah selasai basuh semua bajunya, kita on...sekarang pc masih di workshop :-(

Anonymous said...

Salam Kak Lela,

Budak bertuah tu phone kehabisan bateri (plug tak sama), yg kita ni dok bertenggek kat blog ni tiap2 hari nak tahu perkembangan sebab tak dapat contact (dan dia pun seronok sgt agaknya sampai tak call). He he he..

MAsh

JahRera said...

Tumpang lalu tuan rumah,

kejap nak ketawakan MAsh...hahahahah...