Labels

Monday, October 01, 2007

MELAWAT JEPUN CARA MURAH I






BEBERAPA pembaca blog ini bertanyakan dan meminta tips untuk melawat Jepun dengan bajet murah @ rendah. Saya bukanlah expert sangat dalam bab ini. Namun sekadar untuk melepaskan diri sendiri itu bolehlah rasanya. Saya juga tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Jepun mahupun orang Jepun, cuma saya respek Jepun kerana beberapa perkara:-

1. Jepun adalah negara pertama di luar Malaysia yang saya lawati. Ia ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun melalui JICA. Enam bulan saya belajar kejuruteraan sistem di sana.

2. Dengan menyertai alumni JICA, setiap bulan saya bermesyuarat di pejabat JICA, orang Jepun juga hadir.

3. Dengan kejayaan Alumni JICA (myJICA), Jepun telah menaja saya ke beberapa negara ASEAN untuk bertemu dan berbincang dengan rakan sealumni.

4.Melalui myJICA juga saya dijemput bermesyuarat di kedutaan Jepun pada setiap bulan, sudah tentu dengan orang-orang Jepun.

5.Untuk mendapat visa melawat Jepun, tidaklah mudah (bukan susah sangat), namun dengan membawa sekeping surat yang saya tandatangan dengan letter head myJICA, sudah dapat membantu rakan-rakan untuk dapatkan visa.

6.Dalam dunia ini memang banyak negara. Banyak juga kedutaannya. Dalam banyak-banyak negara tersebut, dalam ramainya duta-duta tersebut, hanya duta Jepun sahaja yang pernah jemput saya secara peribadi ke rumah untuk datang bertemu, berbincang, makan-makan bagi salam perkenalan dan perpisahan.

Bagi melawat Jepun atau mana-mana negara sekalipun, di antara kos yang terlibat ialah:-

1. Tambang kapalterbang ke destinasi
2. Penginapan
3. Makan
4. Tambang semasa di sana
5. Membeli belah.

Itu sahajalah rasanya kos yang terlibat kan?.


Nantilah kita ke bahagian II untuk itu ...




1 comment:

Anonymous said...

biasiswa untuk belajar di Jepun ada ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Jepun(Mombusho). Tapi biasanya lebih untuk yg buat Master & Phd. Bagi kakitangan kerajaan mungkin lebih senang contohnya guru bahasa Ingeris. Rujuk Kedutaan Jepun untuk maklumat lanjut. Kalau tersampai Hiroshima contactlah saya.