Labels

Friday, November 16, 2007

PULAU BATU PUTIH - MANA DOA NEGARA?



MEMBACA hujah-hujah tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih, kecut juga perut dibuatnya. Bersungguh benar depa berusaha untuk mendapatkannya. Hujah dari Malaysia pula entahlah boleh makan ataupun tidak.

Adakah pemilikan pulau sebesar padang bola ini penting kepada Malaysia?. Jika tidak penting mengapa sanggup pergi mahkamah antarabangsa?. Jika penting, sepenting mana?. Mana lebih penting di antara program angkasawan ataupun hak pemilikan Batu Putih?.

Jika kita masih ingat, seluruh negara berdoa untuk kejayaan program angkasawan kita. Seluruh negara buat sembahyang hajat. Mengapa kita tidak buat hadhari perkara yang sama terhadap Pulau Batu Putih?. Barangkali program angkasawan tidak ada siapa yang boleh tolong lagi sebab sudah tidak ada graviti, maka kita bergantung dan berdoalah kepada Allah. Barangkali Pulau Batu Putih ada 16 orang hakim yang boleh menentukannya. Ia adalah urusan manusia. Maka kita tidak perlu berdoa lagi? Masyaallah.

Patutnya kita perlu berdoa juga .... setiap masa, setiap perkara.

3 comments:

sebol said...

mungkin pasal over confident boleh menang

JahRera said...

salam tuan rumah,
sudikah tuan rumah mempromosikan buku "anthologi Haiku 2006" masa bengkel haiku JICA nanti?

Buku dalam simpanan Sdr TabirAlam, silalah berhubung.

zino said...

agaknya confident boleh menang kot.. dah ada pengalaman berebut dengan indonosia sebelum ni..