Labels

Tuesday, September 11, 2007

MALAYSIA AIRLINES HADHARI


SEMBILAN jam berada di lapangan terbang Newark, New York macam orang bodoh rasanya. Mremang bodoh yang dicari sendiri. Ya, lah. Hotel kena check-out paling lewat jam 1pm. Flight pukul 10pm. Nak ke mana-mana dulu sebelum ke airport takut nanti ada yang hilang pulak, termasuk diri sendiri. Kaunter check-in penerbangan Malaysia hanya dibuka jam 7pm. Memang logiklah tu. Masakan kaunter perlu dibuka subuh-subuh hari hanya untuk satu penerbangan sahaja. Tapi yang bengang sikitnya, lepas dah check-in, diberi kupon $20 suruh pergi makan kat mana-mana. "Kita tidak ada lounge di sini".

Dalam masa 9 jam di Newark ini, banyaklah peristiwa yang boleh ditengok. Satu peristiwa menarik ialah sesi pertukaran krew yang baru tiba (dari Stockhom) dengan krew baru dari New York. Walaupun mereka bertemu dan hanya dipisahkan melalui cermin, mereka macam buat dek saja. Adalah sorang dua yang sekadar lambai-lambai kawan mereka. Yang lain buat hal masing-masing.

Saya pernah tengok krew shinkansen (keretapi laju) Jepun bertukar syif. Tabik gilerlah kat depa ni. Berikut adalah skrip rekaan saya terhadap pertukaran krew Malaysia Airlines jika krew dan pengurusan diberi kepada Jepun.

Ketua Krew lama:
Ah. Maafkan saya kerana terlambat sedikit. Semuanya berjalan dengan baik. Semoga anda dan semua krew akan bawa kapalterbang ini dengan lebih baik lagi. Maafkan saya.

Ketua Krew baru:
Ah... Maafkan saya jika membuat anda rasa bersalah. Anda tidak lewat. Anda memang tepat pada masanya. Anda memang hebat. Tahniah kepada semua krew kerana anda telah mendarat dengan selamat. Semuanya selamat.

Ketua Krew Lama:
Terima kasih. Terima kasih. Sekarang saya serahkan kapalterbang ini kepada anda. Saya yakin ia akan lebih baik daripada kami. Selamat menjalankan tugas.

Ketua Krew baru:
Terima kasih. Terima kasih. Kami akan uruskan dengan baik. Tahniah untuk anda. Jaga diri baik-baik. jaga kesihatan. New York ini abunai.

HA ha ha itulah dialog yang dibaca dan dihafal oleh krew MAS. Kemudian doa dibacakan untuk menyerah dan menerima kapalterbang.

**** Agenda dalam kapalterbang

Kesian anak-anak dara yang tidak berapa comel dan anak-anak bujang yang agak handsome dalam penerbangan ini. Sepanjang kerjaya, mereka perlu tuang arak kepada penumpang. Arak itu haram dan semua perkara yang berkaitan dengan industri arak adalah haram. Tuang orang minum arak memang haram. Tapi itulah yang galaknya pramugari dan pramugara kita lakukan. Arak dalam MAS adalah melebihi dari mana-mana kapalterbang dalam dunia. Kawan saya orang Jepun akan balik terus ke Jepun hujung bulan ini. Dia tidak mahu naik JAL, tapi mahu naik MAS kerana dapat minum arak free. Itukah sebuah syarikat penerbangan Malaysia Hadhari?. Tidak mungkin!. Jika MAS bukan syarikat penerbangan negara, lantak pii lah. tapi bila susah, minta duit rakyat. Minta duit rakyat untuk belanja arak kepada penumpangnya. Terbang 20 jam boleh pulak tak bagi orang hisap rokok, ,mengapa minum arak tidak boleh tidak?.

Adegan yang ingin kita dengar. "Ini adalah penerbangan Malaysia. Penerbangan ini adalah bebas merokok. Meminum arak dalam penerbangan ini adalah diharamkan. Memang arak itu haram".

Adakah MAS akan tutup kedai semata-mata kerana tidak ada arak?. Belum cuba belum tentu. Dalam dunia ini bukan semua penerbangan hidang arak. Saudi Air, Brunei Airlines mana ada hidang arak. Tidak tutuppun mereka. MAS yang galak hidang arak, dapatlah anugerah "the best cabin ler, the best itu ler, D best ini ler", tapi buat duit ke buang duit?. Kumpul award menimbun, flight delay memanjang, rugi memanjang.

Tidak berkat.

6 comments:

Anonymous said...

Entri menarik pada tarikh yang menarik :)

Anonymous said...

kesian orang melayu...

mba2u said...

oops.... tak sangka pula tarikh hari ini ialah tarikh menarik ya.

ainizakri said...

MBA san

Setelah diperhatikan, orang Jepun, nampak ramah di mata kita ( org asing).Hakikatnya mereka lebih berpura pura dari kita.

Suka memuji dan nampak bertanggungjawap. Kadang tu..lebih mencaci dan langsung tak ada tanggungjawap tanpa rasa apa-apa.

mba2u said...

Ani-san;

Jepun mmg begitu. Dah 20 thn saya berkawan dgn Jepun, saya masih tak dapat kenalinya lagi dan fahaminya lagi. Unik kan?.

Berisman said...

Oh MAS ayu,
Fatimah yang ayu..
indah sungguh paras mu MAS ayu..
Memang ayu dan juga layu.