Labels

Sunday, December 23, 2007

PSM TERSILAP SERVIS


Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan yang dikira wajar dengan menarik diri daripada menyertai sukan SEA di Korat, Thailand. Ini adalah sebagai tanda protes kepada tuan rumah, Thailand dan juga Persatuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang memperkenalkan bola takraw baru yang bersalut getah. PSM mendakwa bola ini membahayakan pemain. PSM mendakwa bola ini belum sempat diuji sepenuhnya, iaitu minima enam bulan mengikut peraturan. Pada awalnya banyak negara yang ingin mengikut jejak langkah PSM, tetapi akhirnya hanya PSM sahaja yang memulaukan sukan SEA. Ini adalah kekalahan pertama PSM.

Semasa sukan SEA berlangsung, menteri berkaitan telah membidas PSM kerana tidak bersemangat sukan dan memulaukan sukan SEA. Ini pukulan libas kali kedua kepada PSM. Walhal bola tanggung yang dilontarkan oleh tekong PSM sebelum bermulanya temasya sukan tersebut tidakpun dilipat oleh sesiapa.

Setelah berakhirnya temasya sukan SEA, ISTAF dan ASTAF (Persatuan Sepaktakraw Asia) khabarnya akan mengambil tindakan terhadap PSM. Ini adalah merupakan lipat maut hasil bola tanggung yang diservis oleh tekong dan dalang-dalang mereka.

PSM oh PSM.

2 comments:

kemat said...

tak ada yang nak tolong PSM sambut libasan bola tanggung tu..kesian PSM, rasanya protes mereka bersebab, aptah lagi jika ada unsur kronisme dalam syarikat bola baru tu

wong said...

oooooooooo.tidak bisa