Labels

Wednesday, September 12, 2007

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Semoga Ramadhan Tahun Ini Lebih Baik Daripada Ramadhan Yang Lepas
Sedlamat Berpuasa.

3 comments:

ainizakri said...

Salam Ramadan buat MBA dan family

Semoga ramadan tahun ini, lebih membawa barakah dan semoga Allah memberkati segala amalan kita..amin

...ps..masih teringat tahun sudah MBA pi almanda beli juadah berbuka..( my hubby yg kenal tapi tak berani tegur takut salah orang.) Nanti kalau ke alamanda..ingat2 kat kami ye

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan,

Semoga ibadah puasa kali ini lebih sempurna berbanding yang lalu. Semoga dalam hidayahNya sepanjang bulan mulia ini.

Selamat berpuasa :)

mba2u said...

Aini-san: Masa tu kita memang dah kenal kan?. Salam Ramadhan

Bunga rampai: salam ramadhan