PADA asalnya saya ingin berikan tajuk "perseteruan awam-swasta", namun setelah berfikir banyak kali, ia semacam provokasi pula. Sebenarnya sektor awam dan sektor swasta saling perlu memerlukan, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tujuannya ialah untuk memajukan & nenakmurkan negara dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Namun ada kalanya jika tersilap pakai cermin mata, kita boleh dapati seolah-olah sektor awam dan sektor swasta berseteru. Bukan orangnya. Bukan bosnya. Bukan pemimpinnya. Bukan sektornya. Cuma kadang-kadang barangkali ada perasaan dan sentimennya. Rata-rata orang swasta melihat orang kerajaan adalah penjawat yang (agak) malas, melakukan kerja dengan perlahan, banyak birokrasi, pandai mencari alasan dan tidak mesra pelanggan. Jika boleh memang mereka (dan rakyat jelata juga) tidak mahu berurusan dengan sektor awam. Namun oleh kerana terpaksa dan tidak ada pilihan, maka terpaksa jugalah kena berurusan.
Umumnya sektor swasta adalah berobjektifkan keuntungan. Oleh itu mereka akan memberi fokus kepada keuntungan dalam apa sahaja tidakan. Ramai juga yang berpendapat, (khususnya peniaga) berurusan dengan sektor aam adalah tidak menguntungkan dan membuang masa (kecuali yang mengharapkan kontrak kerajaan). Kata mereka "kerajaan bukan melihat kepada prestasi saya. Saya perlu melayan individu (tertentu) lebih daripada menunjukkan kompetensi saya dalam bidang saya. Kontrak yang diberikan bukan berdasarkan kepada prestasi, tetapi kepada perkara-perkara lain".
Sesetengah penjawat awam pula berpendapat sektor swasta ini asyik mengganggu pegawai kerajaan kerana hendakkan projek. Mereka akan menelefon, datang, berjumpa dan sebagainya untuk menjual dan mempromosi pelbagai produk atau perkhidmatan untuk emndapatkan projek. Masa orang kerajaan banyak terbuang kerana terpaksa melayan mereka. Entah benar entah tidak, perlulah dibuat ukuran. Berapa banyak masa melayan jurujual. Berapa banyak masa melayan rakyat @ pelanggan. Berapa banyak masa meeting. Berapa banyak masa sembang @ minum. Berapa banyak masa buat kerja (?). Sebabnya barangkali objektifnya kurang jelas. Adakah meeting itu kerja?. Adakah melayan itu kerja?. Adakah minum itu kerja?. Adakah kerja itu ibadat?
Bagi sektor swasta, barangkali ia tidak kisah apa yang dibuat sebab objektifnya ialah ungtung dan boleh buat duit.
Akhir sekali, kakitangan kerajaan dikenali sebagai government servant. Tujuannya untuk mmeberi perkhidmatan kepada rakyat. Siapa rakyat?.
2 comments:
Kerja Gomen memang mcm Macam jadi orang gaji jugak.Ada yang rajin ada yang malas.Ada yang suka tengok telenovela, ada yang suka melayan.Ada yang goda laki tuan rumah ada yang dera anak tuan rumah.. ada yang dedicated.. dapatlah gaji naik sikit..
tapi orang gaji tetap orang gaji.Susah orang nak pandang tinggi..
Cantik sekali analogi yang diberikan.
thanks
Post a Comment