Monday, September 10, 2007
OKINAWA DI NEW YORK
SEHABIS mesyuarat di Boston, saya singgah di New York sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Penganjur mesyuarat mentediakan saya sebuah limosin mewah dari hotel Royal Sonesta ke lapanganterbang Boston. Terkejut beruk dibuatnya. Pertama kali tengok limosin enam pintu begitu. Macam-macam kemudahan ada kat dalam. Mewah rupanya limo begini. Jika dibawanya dari Boston ke New York OK juga tu... dalam 4 jam boleh sampai.
Oh ya sepanjang dua hari mesyuarat, saya berkawan dengan orang Jepun sahaja. Saya hanya seorang dari Malaysia dan beliau hanya seorang dari Jepun. Kelebihan Jepun ini ialah, beliau datang bersama 30 anggota rombongan lain. 29 daripadanya pergi entah ke mana, atas urusan perniagaan barangkali. Kelebihan lagi Masa (nama dia Masa), ialah dia bawa 2 orang penterjemah, khusus untuk dia seorang. Mewahnya dia. Sembang punya sembang punya sembang, rupa-rupanya dia adalah pengarah Tokyo Disneyland. Jika pergi Disneyland, jangan lupa call saya, pesannya. Diapun respek juga dengan limosin tu agaknya, sebab dia ambil gambar sya naik limosin tu (perasan sayalah tu).
Dua malam di New York sementara menunggu penerbangan balik ke Malaysia agak memenatkan juga. Hari pertama jalan-jalan sendirian di Times Square dan ambil pakej keliling New York. Nak cari masjid, bila terjumpa dah lepas solat Jumaat. Solat Zohor/Asar sajalah. JAlan-jalan lagi jumpa dengan restoran Okinawa. Hebat sungguh Jepun ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam MBA san,
mungkin restauran itu ambil nama "Okinawa" sahaja tapi menunya bukan makanan asli penduduk Okinawa seperti goreng telinga khinzir, mi ramen lemak khinzir (soki soba) dan sweet brown khinzir hahahaha.
Saya tidaklah pula masuk... sebab saya cari restoran halal, memang tak jumpa. Tapi di tengah2 kesibukan kota New York ini, adalah juga seorang hamba Allah yang jual kebab halal, dekat kereta sorang dia terpampang Halal Food ....
Salam MBA,
MBA pun tinggal-tinggalkan isteri ye..jauh berpergian(betul ke bahasa ni?).
Jauh berjalan
luas pandangan
Harap selamat pergi selamat pulang.
Post a Comment