Labels

Tuesday, November 14, 2006

HEBATNYA CABARAN....

HEBAT benar rasanya cabaran untuk melaksanakan program bengkel kimono pada kali ini. Ia adalah program yang julung-julung kalinya dianjurkan. Tak disangka-sangka pihak Kedutaan Jepun cukup berminat. Mereka sanggup meminjamkan 30 pasang kimono, dengan syarat ia hendaklah di dry-clean sebelum dihantar. Juga beberapa pasang kimono untuk dipamerkan. Kemudian pihak Japan Club of KL juga ingin menghulur bantuan memberikan sensei. Lepas tu Japan Foundation pula yang datang mempelawa dengan memberikan bilik tatami. Tidak lupa yang paling sibuk membuat urusan ialah pihak JICA sendiri. Kesemua organisasi ini telah mewar-warkan kepada ahli dan pihak media mereka mengenai program ini. Gah sekali...

Namun pada malam tadi, sekitar 8pm, terima panggilan mengatakan ayah kepada sensei yang telah confirm untuk memberi tunjuk ajar pemakaian kimono ini telah meninggal dunia dan beliau akan pulang ke Jepun pagi-pagi esoknya dan akan berada agak lama di sana. Fuh... habis!!!. Dalam saat genting begini, di mana kan ku cari ganti sensei yang berkebolehan?

Mula-mula dulu kami diberikan seorang sensei oleh JICA, namun dia sibuk pada tarikh tersebut. Kemudian SU kami janjikan seorang "guru" kimono dari Jepun (wah hebatnya), namun dia juga ada hal. Lepas tu ada seorang makcik usulkan kawannya, namun dia juga ada urusan lain. Dan akhirnya.... Japan Club telah mendapatkan seorang bukan sekadar sensei, tetapi juga adalah tailor kimono. Namun.... takdir tidak menyebelahi kami juga bila ayahnya meninggal.

Jika diikutkan hati, program ini akan dibataklan saja. Namun.... demi menjaga nama baik myJICA, apatah lagi sepanjang Pesta Jepun di Malaysia (JFM 2006) inilah program pertama yang dianjurkan. LAin-lain persatuan seperti PAMAJA, ALEPS, AOTS, dan JAGAM ada program mereka sendiri bagi JFM 2006. Malu kan?. Namun bagaimana nak diatasi?

Berbekalkan semangat Malaysia Boleh Tiada Rotan Akar Berguna saya kuatkan juga semangat. Mula-mula sediakan bahan ceramah, kemudian ingin tangkap siapa sahaja untuk mengajarnya. Namun.... Alhamdulillah dalam mesyuarat tergempar di pejabat JICA tengahari tadi, akar telah ditemui. Alhamdulillah.

No comments: