ADUH!.... Penatnya mencari lima (5) keluarga angkat untuk program homestay JICA (Japan International Cooperation Agency). Sehingga kini saya hanya berjaya menemukan 3 keluarga sahaja, dua orang lagi calon homestay masih tidak mempunyai sesiapa yang ingin mengambil mereka sebagai "anak angkat".
Lagi pula program kali ini adalah lain dari yang lain. Jika dulu-dulu, yang datang 'menyerah diri' sebagai anak angkat ialah budak-budak sekolah umur belasan tahun dan tinggal dengan keluarga angkat cuma untuk 2 malam sahaja. Kini yang datang ialah orang dewasa berumur 26 -36 tahun dan ingin tinggal selama 2 minggu. Walaupun programnya agak berlainan, namun kesukaran untuk mendapatkan keluarga adalah hampir sama, khususnya bagi peserta lelaki. Mengapa ekk?.
Rasa-rasanya dah habis semua kawan-kawan yang saya kenali yang dipujuk untuk mengambil anak angkat ini, namun masih belum berjaya.
ini dari entri terdahulu:
KAMI dari myJICA mempunyai lima orang warga Jepun yang ingin tinggal dengan keluarga angkat selama 2 minggu dengan keluarga Malaysia di Kuala Lumpur. Mereka akan tiba di Malaysia pada 9 Januari 2007 dan akan terus berada di Malaysia selama dua tahun. Pada bulan pertama mereka di sini adalah merupakan masa orientasi dan perlu tinggal di rumah keluarga angkat selama 2 minggu dan alam proses mempelajari bahasa Malaysia.
Mereka terdiri daripada 4 gadis berusia 29 tahun dan seorang jejaka 36 tahun dan bekerja sebagai Social Worker, Environmental Education, Rural Community Development dan
Special Education. Mereka akan menjadi sukarelawan JICA di serata Malaysia setelah tamatsebulan orientasi.
Sesiapa yang berminat nak ambil mana-mana seorang daripada mereka, sila hubungi saya. Ia akan bermula dari 15 - 26 JAnuari 2007 dan bayaran sebanyak RM50 sehari akan kami buat. Satu lagi syarat ialah, rumah keluarga angkat harus dalam lingkungan 1 jam perjalanan dengan pengangkutan awam ke pejabat JICA di Menara Citibank, Jalan Ampang (Stesen LRT Ampang Park).
Barangkali saya patut mengadakan pool atau database untuk menjadi keluarga angkat ini terlebih dahulu 5-6 bulan lebih awal (barangkali).
Mengapa orang Malaysia tida begitu gemar untuk mengambil orang luar (Jepun dalam kes ini), (walaupun berbayar) sebagai 'anak angkat'?. Kemungkinannya banyak, sdra/i boleh bantu saya dengan menjawab pool di sebelah atau menyatakannya dalam komen.
Terima kasih!.
BTW jika ada yang ingin mengambil mereka (lelaki 36 tahun - Environment Education atau wanita 28 tahun - Special Education) bolehlah hubungi saya di 019-3887659
2 comments:
terima kasih dengan tawaran tersebut..dah bincang dengan mem.. dengan dukacita kami terpaksa menolak.. rumah kami dah ada 9 penghuni .. memang tak ada ruang kosong..tambahan lagi ada seorang anak istimewa di rumah tu..
mohon maaf..
Zino: terima kasih atas maklumbalas. Insyaallah kesemua 5 mereka ini akan dapat keluarga angkat. Alhamdulillah.
Post a Comment