Labels

Monday, October 02, 2006

MEMUJI DIRI SENDIRI

ENTRI kali ini ialah untuk memuji blog sendiri. Saya mula menulis entri pada Ogos 2002, tetapi cuma satu entri sahaja dan berhenti sehingga April 2004 barulah entrinya berterusan hari demi hari. Kini kaunter sudah menunjukkan lebih dari 200 ribu kunjungan ke sini. Saya telah menulis sebanyak 1013 entri kesemuanya.

BLOG saya biasanya dikunjungi pada hari bekerja dan hari Rabu adalah yang paling tinggi kunjungannya.



SEAWAL jam 7am blog saya sudah mula dikunjungi. Waktu puncak ialah sekitar 11-12 pagi dan kemudian memuncak lagi sekitar 3-4 petang. Maknanya saya harus menyediakan entri di awal pagi untuk menyediakan juadah kepada pengunjung pagi dan eloklah sekali lagi kemaskini pada waktu rehat tengahari untuk pengunjung sebelah petang. Mampukah saya?.

SEBENARNYA kunjungan ke blog saya telah menjunam turun dari tahun ke tahun. Pada 2004 catatan menunjukkan 83,158 pengunjung dan jatuh 25% pada 2005 ke 62,155 kunjungan dan pada tahun ini, jatuh lagi 12.3% kepada 54,498 kunjungan sahaja.



SUKACITA diumumkan bahawa blog saya ditempatkan di tangga 73 dalam 1000 blog di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan webstats4u . Sebelumnya ia adalah di tangga ke 58. Kira-kiranya masih dalam lingkungan top 100 gitu.

5 comments:

suam kuku said...

Wah, analisa ini sungguh bagus, tp boleh saya tahu blog yg mendapat tempat pertama di Malaysia.

mba said...

suam kuku;

Bukan hanya blog, tapi keseluruhan web di Msia:-
1. Free online massive games
2. Utusan Online

Hmmm tempat ke 73 bersaing dgn laman macam Utusan Online, not bad ya...

mba said...

Top 10 web di Msia:

1.Free Massive Online Games
2.Utusan Online
3.LAGU TOP MASA KINI
4.scuKz c0mmunity
5.myJodoh Dot Net
6.???????????
7.Portal Pendidikan Utusan
8.Hebat!com
9.liriklagu.com
10.Koleksi Lirik Lagu Melayu IMNOGMAN

ron97 said...

kena rajin update lah gini

bunga rampai said...

Wow, menarik! Saya seronok membaca analisis ini. Tahniah kerana masih bertahan hingga kini. Teruskan :)

Salam.