Labels

Monday, September 25, 2006

RUMAH BARU PERABOT BARU

SUDAH lama saya mengidamkan rumah baru. Ya rumah baru dengan perabot baru dan serba serbi baru. Saya mahu setiap kali tetamu datang berkunjung ke rumah baru saya, ia dihidangkan dengan semua benda baru. Jika sebelum ini kunjungan anda hanya dihidangkan dengan masakan panas (walaupun sekadar mee segera) sahaja, kini anda akan dapat menikmati langsir baru, kusyen baru dan rumah bercat baru setiap kali anda berkunjung ke rumah ini.

Ya.... alamat rumah tetap sama, cuma gayanya yang berbeza.

Hingga kini saya baru mencuba dengan sepuluh jenis rekabentuk. Nanti setelah ada lekok-lekok yang senget tu dapat saya betulkan, bilangan reka dan bentuknya akan ditambah lagi. Mungkin hingga menjangkau 100 jika saya percuma (free, kata orang Putih).

Selamat bertandang.

5 comments:

Atok said...

semoga rumah baru ini akan jadi lebih hebat dan sensasi... tahniah!

Sikenit Comel-AminBakish said...

saya suka rumah baru ni.. :)

Anonymous said...

saya sangka silap rumah.saya telah forward kpd rakan2 tazkirah ramadhan yg disediakan disini.

bunga rampai said...

Ingatkan bertandang rumah yang salah :)

Wah, sudah ubah suai, menarik!.

Nampaknya semua perabut impot ya ;)

mba said...

bunga rampai;

hmmmm perabot impot sebab tak ada masa nak bertukang sendiri ;-)