Labels

Monday, October 30, 2006

KERJA KERJA KERJA (MAKAN GAJI)

HARI ini kat ofis masih lagi sunyi. Dah ramai yang pulang semula ke pejabat, namun masih ramai yang menyambung cuti lagi. Ah biasalah tu, yang datang bekerjapun masih dalam mood raya lagi. Dan, macam biasa jugalah kerja memang dah menimbun menunggu tuan dia datang bereskan saja. Mengapa kerja bertimbun-timbun untuk dibereskan?. Entahlah labu....

A. Memang banyak kerja
B. Tidak ada orang lain nak buat kerja
C. Awak tak reti kata "NO"
D. Kerja tu memang suka kat awak, nak buat macamana

SEBULAN berpuasa, kononnya nak ambil cuti sehari pada setiap minggu. Namun dalam bulan puasa lagi banyak kerja yang tiba. Ada kalanya sampai lima kali meeting (kerja?) dalam sehari. Mentang-mentanglah tak makan....

INILAH nasib orang yang kerja makan gaji. (Ada kerja ada gaji). NAmun ramai juga orang yang walaupun kerjanya makan gaji, tapi asyik curi tulang (itu anjing namanya) atau asyik goyang kaki saja (tak percaya? cuba tanya tukan jahit).

RAMAI yang tak faham bahawa kerja ini adalah suatu amanah. Dulu pak sedara saya ialah seorang serviceman. Salah satu daripada tugasnya ialah membuka (memasang?) lampu jalan apabila hari gelap (malam) dan menutupnya kembali setelah hari cerah (siang). Dulu di Cabang Tiga, Kuala Terengganu tidak ada lampu jalan yang menyala secara automatik. Walau kemanapun dia pergi, time hari nak gelap dia akan kembali untuk pasang lampu dan menutupnya bila hari siang. Jika ada darurat dan keuzuran, dia akan amanahkan kepada orang lain yang dipercayainya untuk tugas tersebut.

Orang muda sekarang macamana?. Pagi tadi berkobar-kobar nak datang bekerja subuh-subuh hari. Tengok-tengok bilik dikunci dengan kunci yang luarbiasa (untuk keselamatan konon). Dan yang paling bestnya ialah pemegang kuncilah yang datang paling lewat ke pejabat. Di manakah amanah?.

No comments: