Labels

Saturday, October 28, 2006

TREO 750V DAH TIBA


PALM Inc (Palm), Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom) dan Microsoft mengumumkan telefon pintar Palm Treo 750v kini boleh didapati di Malaysia, sekali gus membolehkan pengguna merasai pengalaman pertama Palm pada Windows Mobile 5.0 Windows melalui sistem rangkaian tanpa wayar 3G/UMTS.

Produk berkenaan boleh didapati November ini melalui rakan niaga Vodafone di Malaysia iaitu Celcom.

Treo 750v membolehkan Palm mensasarkan pengguna di sektor perniagaan dengan platform e-mel push sperti MSFP Microsoft yang merangkumi teknologi penolakan terus dan ciri sekuriti yang dipertingkatkan.

Produk tersedia untuk perniagaan itu memenuhi keperluan platform push-email yang lasak yang boleh digunakan secara mudah oleh perniagaan kecil hingga ke enterpris global.

Treo 750v menggabungkan pengalaman Palm hallmark pelbagai ciri telefon mudah alih dengan e-mel, mesej, brouser web dan perisian organisasi dalam semua konsep reka bentuk baru.

Naib Presiden Kanan, Pembangunan dan Strategi Korporat Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata Treo 750v sesuai untuk pengguna perniagaan dan korporat.

Katanya, produk itu melambangkan komitmen Celcom dalam menyediakan rumusan mudah alih komprehensif dalam memenuhi keperluan komunikasi rakyat Malaysia.

Palm 750v dengan harga runcit RM2,988 ini menambahkan lagi portfolio produk dan perkhidmatan inovatif hasil kerjasama dengan Vodafone.

Perkhidmatan lain yang sudah diperkenalkan Celcom melalui pakatan Vodafone termasuk akses selari ke perayauan antarabangsa Vodafone dan perkhidmatan HSDPA seragam.

Telefon pintar Treo berasaskan Windows Mobile daripada Palm ini menyediakan kepada pengguna dengan kombinasi perisian yang hebat dan penggunaan edisi Windows Mobile 5.0 Pocket PC Phone ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna.

Antara ciri itu ialah peningkatan produktiviti dengan Outlook Mobile, penyeragaman menggunakan maklumat Outlook, pejabat mudah alih yang membolehkan pengguna melihat dan menyunting fail Microsoft Word dan Excel.

Ia juga kaya dengan keupayaan multimedia terutama terdapatnya Windows Media Player 10 Mobile untuk muzik dan video di samping A2DP yang menyokong stereo Bluetooth.

Treo 750v mengintegrasikan SMS/MMS, digital kamera dengan 1.3 mega piksel, tersedia dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth, skrin sesentuh yang menjadikan mengakses Internet lebih seronok dan slot pengembangan mini-SD.

2 comments:

katzumi said...

treo memang cun, nak try lak.. Stim abis

mba said...

katzumi;

tapi..... jangan terpedaya pulak: Treo 750v menggunakan OS Windows bukan Palm.
Saya akan tunggu Treo 680 yg gunakan PalmOS.