Labels

Thursday, September 07, 2006

PEREMPUAN DAN SHOPPING

SEMUA orang tahu bahawa perempuan atau wanita memang suka berbelanja atau membeli belah ataupun shopping, kata orang sekarang. Apakah yang selalu dibeli oleh wanita?. Jawabnya ialah semua benda.

Namun tahukah anda apakah barangan yang suka dibeli oleh lelaki?. Sejujurnya, saya tak tahu. Namun sebulan lepas saya bertemu dengan seorang kawan, yang merupakan seorang usahawan. Beliau memang berwang (bukan beruang), jadi selalulah pergi shopping ke luar negara, menemani isteri atau client (untuk clientnya itu ya!). Katanya kepada saya, ah... kita orang lelaki ni, jika pergi shopping, apa lagi yang kita nak beli? Tentulah beg, katanya. Walaupun beg dah banyak, tapi orang lelaki ni memang suika beli beg.

Saya tak pasti, samada itu memang kesukaan lelaki, namun bila dikira-kira kat rumah tu... memang berlambak dengan beg!.

4 comments:

Anonymous said...

wanita dan shopping memang ngam dan jika ada wanita yang tak suka shopping itu wanita ganjil. ketika outstation di labuan entah kenapa jadi agak kedekut untuk beli kain opel, beberapa bulan berlalu sampai sekarang saya masih teringatkan kain tersebut. pengajaran : kalau nak terus beli, kalau tidak kau akan menyesal.

sri said...

Saya tahu! Salah dua daripadanya yang dibeli di Senso Ji Temple dan satu lagi di Narita Airport ;-)Okey tambah satu lagi, beg daripada JAL!

mba said...

Anon: Kain yg saya beli di Labuan tu masih lum berusik. :-(

sri: Tak terfikir pulak saya tentang itu ;-)

z-zah said...

benarkah perempuan selalu dikaitkan dgn shopping? lelaki metroseksual skrg, kalau shopping, mengalahkan perempuan... terutamanya yang masih single... kalau dah kawin, cerita lain plak...